MATCH Review : Liverpool 3- 0 Manchester City



“Great Match from a great night” inilah yang boleh dikatakan oleh saya(penulis) mengenai perlawanan awal pagi ini. Dua jaringan dari Andy Carroll dan satu jaringan dari Dirk Kuyt sudah cukup membuktikan kita Liverpool dalam landasan yang betul dan tetap untuk kembali menakluki kembali sejarah kegemilangan Liverpool seperti dahulu.



--cukup kencang jaringan dari Andy--

"Kata orang kalau kita bagi dekat orang nanti bila sampai masanya orang bagi dekta kita balik!!!,"inlah yang boleh dijelaskan apabila sebelum ini City menewaskan kita di gelanggang mereka kini kita Liverpool pula membelasah mereka pula. Dan juga kemenangan ini boleh diibartakan semperna kemenangan mengenang anniversary of Hillsborough ke 22.

Dengan dua jaringan dari Carroll sudah cukup membuktikan, dia si Carroll memang layak dengan tag harga untuk dirinya sebanyak 35 juta. Dengan aksi debut pemain yang dilahirkan dari Akedemi Liverpool, John Flanagan yang masih berumur 18 tahun telah diberikan kepercayaan dari Daglish untuk mengantikan tempat di pertahanan kanan. Secara keseluruhan aksi yang dipamerkan oleh Flanagan boleh dikatakan pada tahap memuaskan dan semoga selepas ini, Flanagan akan mengikut jejak langkah Martin Kelly dalam squad utama Liverpool.

Keseluruhan kualiti mutu permainan tampak benar-benar amat berbeza jika hendak dibandingkan semasa menentang West Brom minggu lepas, kawalan padang yang cukup sempurna dan hantaran tepat telah dipamerkan oleh anak didik Kenny Daglish pada perlawanan kali ini. Jaringan pertama dipecahkan oleh rembatan kencang Andy Carroll pada minit 13, hasil lolosan bola dari percubaan Raul Meireles yang terkena pemain Man City dan disambung oleh percubaan kencang Andy yang memberikan gol pertama untuk Liverpool. Selepas itu Dirk Kuyt menampak jalan kemenangan kepada The Reds pada pagi ini serta menambahkan koleksi gol ke 8 untuk dirinya bagi musim ini. Tanpa menunggu lama dengan dibezakan 1 mini sahaja Carroll seperti diberikan tonik ajaib sekali lagi melakukan jaringan dengan tandukan kemas untuk menewaskan J. Hart pada minit 35.


--Carroll setapak maju ke arah menjadi lagenda di Liverpool--

Separuh masa kedua tampak bnyak juga peluang yang diperolehi Liverpool, namun banyak peluang tersebut disia-siakan. Dengan kemenangan ini membolehkan Kita Liverpool mempertahankan kedudukan ditangga ke enam dalam tahta Liga perdana dan hanya dibezakan 5 mata sahaja dengan Tottenham yang berada di tangga ke 5 liga perdana.

Pada pendapat saya( penulis), jika melihatkan perlawanan ini, memang sudah terang lagi bersuluh, Liverpool kini akan kembali meningkat dan terus meningkat, dan juga melalui perlawanan ini juga kita juga dapat mengetahui bahawa sebenarnya pemain yang kini sedang berada di akademi Liverpool sekarang adalah pemain yang berkualiti, Cuma mereka belum sempat untuk membuktikannya bahawa mereka sebenarnya layak untuk berada di dalam squad utama The Reds. Contohnya Pacheco, Suso dan bukti terbaru adalah John Flanagan.


--Tahniah kepada semua pemain--

Akhir sekali, semoga Liverpool terus maju kehadapan serta jngan lupa hujung minggu ini, Kita akan berkunjung ke Emirates bagi meneruskan sisa baki perlawanan musim ini, dan semoga Kita Liverpool menang dalam perlawanan tersebut.

Ps: kredit to Andy Carroll dan John Flanagan yang telah membuktikan mereka ini adalah pemain muda yang bakal mencipta nama di Liverpool kelak.YNWA

Barisan pemain: Reina, Flanagan, Carragher, Skrtel, Aurelio, Lucas, Spearing, Meireles, Kuyt, Suarez, Carroll. Subs: Gulacsi, Cole, Robinson, Shelvey, Maxi, Wilson, Ngog.




comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger