Tahniah John Flanagan


Dalam kita semua masih dibuai oleh kegembiraan semasa Liverpool mencatatkan keputusan dengan kemenangan keatas Manchester City di Anfield awal pagi tadi. Saya (penulis) kini ingin mengingatkan bahawa jangan dilupakan salah kepada salah seorang pemain muda yang turut patut mendapat pujian menggunung dari kita semua.

Pemain tersebut adalah tidak lain adalah, John Flanagan yang baru sahaja berumur 18 tahun, dengan aksi cermelang yang dipamerkan oleh beliau pada perlawanan awal pagi tadi jelas menunjukkan sekali lagi Akademi Liverpool akan melahirkan pemain untuk diserapkan dalam squad utama Liverpool. Jika sebelum ini akademi Liverpool terkenal dengan memperkenalkan pemain bintang seperti Gerrard, Jamie Carragher dan Michael Owen yang merupakan pemain berasal dari akademi Liverpool.

Memetik dari komen John Flanagan dari web rasmi Liverpoolfc.tv, beliau menyatakan bahawa dia amat berbangga kerana dia telah berjaya memecahkan dominasi ayahnya yang juga sebelum ini juga pemain di Akademi Liverpool.

Tambah John Flanagan lagi....

“ ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan kepada saya, kerana berjaya beraksi dalam perlawanan besar menentang City dan juga ini adalah aksi yang telah lama saya impikan”

“dua jam sebelum kick-off bahawa seperti mimpi seumur hidup bahawa saya mengetahui bahawa saya akan turun sebagai pemain pilihan utama dalam perlawanan squad senior”

“kenny memberikan saya sedikit nasihat, supaya jangan gugup dan bermain dengan secara ringkas, dan nasihat kenny itu benar-benar membantu saya”

Pada pendapat saya(penulis), semoga anda terus berjaya John Flanagan dalam aksi perlawanan akan datang dan diharapkan semoga aksi anda akan terus meningkat dari masa kesemasa. YNWA.......


anda mungkin meminati Entri ini....

MATCH Review : Liverpool 3- 0 Manchester City

comment 1 comments:

Wan Gerrard on April 12, 2011 at 10:14 PM said...

debut terbaik :)

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger