MATCH Review : Sunderland 0- 2 Liverpool


Kemenangan yang kita cari-cari setalah hampir dua minggu melihat permain The Reds dalam kempen liga europa yang boleh dikatakan agak hambar. Dengan kemenangan 2-0 yang boleh dikatakan sebagai hadiah istimewa kepada si ayah baru iaitu Lucas Leiva semperna kelahiran bayi barunya yang diberi nama pedro lucas.

--Kuyt tidak menghampakan kami penyokong Liverpool--

Sekitar keseluruhan corak permainan tidak salah saya katakan perlawanan kali ini sebenarnya bukan seperti yang dirancangkan dan seperti yang biasa diperlihatkan oleh Liverpool. Namun segalanya cukup sempurna dengan dua jaringan yang dijaringkan oleh Kuyt pada minit ke 34 dimana pemain sunderland telah menjatuhkan Jay Spearing. Dan ini secara tidak langsung membatkan pengadil menghadiahkan sepakan penalty kepada Liverpool. Secara jujurnya pendapat saya, sebenarnya Spearing dijatuhkan di luar petak penalti, namun ini lah bola sepak segala mungkin kerana keputusan adalah muktamad.

--Mai menari untuk anak ku says... Lucas...--- Tahniah Lucas!!

Pada separuh masa kedua, kita lihat kerap juga black cat menyerang kubu Liverpool, namun pada minit 77 hasil dari balingan Kuyt, Luis Suarez seperti biasanya membuat larian solo dan menjaringkan gol yang saya (penulis ) rasakan seolah –olah mimpi dimana, banyangkanlah dalam ruang yang begitu kecil, suarez mampu menjaringkan gol dari sudut tersebut. Memang fantastik.

Diharapkan pada perlawanan akan datang, Liverpool akan terus menang demi mengejar kedudukan dan mengejar spurs dan Chelsea untuk merebut kedudukan ke empat dalam tahta Liga Perdana. Dan juga diharapkan kecederaan Suarez yang diperolehi pada malam ini tidak serius kerana Liverpool memerlukan tenaganya untuk perlawanan akan datang. Dan bagi Andy Carroll, jangan kecewa banyak lagi masa untuk menjaringkan gol, kami penyokong tahu andy kamu boleh menyinar di Liverpool. YNWA.

--Banyak lagi masa Carroll. saya yakin anda akan menyinar di Liverpool--

Barisan pemain : Reina, Johnson, Carragher, Agger, Skrtel, Spearing, Lucas, Meireles (Maxi), Suarez(Cole), Kuyt, Carroll(Ngog).

Subs: Gulacsi, Kyrgiakos, Wilson, Poulsen,


Jamie Carragher dan Kenny Dalgish


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger