Adakah benar kata-kata dari Steve Bruce???



Bila membaca komen yang telah diampirkan oleh bos Sunderland daripada laman web Goal.com, kadang-kadang saya terpikir ada betul juga apa yang diperkatakan oleh beliau mengenai pengurus kesayangan kita Kenny Daglish.

Memetik daripada komen tersebut yang berbunyi “ Liverpool akan menamatkan Liga Perdana di tempat lebih baik dari musim lepas”

Dalam komen tersebut Steve Bruce yang juga merupakan bekas pemain pertahanan Manchester United ini. Menyatakan bahawa, pada musim ini beliau mengangarkan bahawa Di bawah kendalian Kenny Daglish, Liverpool akan menamatkan saingan di tempat ke 6 dan keatas.


--sejarah membuktikan Kenny adalah pengurus terbaik pada era kegemilangan Liverpool--

Pujian harus diberikan kepada beliau, walaupun pasukannya kalah, Steve Bruce masih boleh memuji pasukan lawan yang telah menewaskan pasukan kendaliannya. Tambah beliau lagi.

“ saya juga yakin kehadiran Kenny di Liverpool akan mengembalikan zaman kegemilangan Liverpool seperti masa lalu, dimana pada ketika Kenny menjadi pemain dan juga disamping itu menjadi Jurulatih kepada The Reds”

Namun saya (penulis ) agak tertarik dengan kata-kata Steve Bruce yang berbunyi :

“It will take time because you have your Man Citys and Tottenhams."


Maksudnya disini. Untuk kembali kearah era gemilang seperti zaman era 80 an. Kenny memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan Liverpool kembali mendapat gelaran Liga Perdana, hal ini adalah kerana seperti yang kita tahu, kini pasukan yang bermain di Liga Perdana adalah bukan sebarangan, jika tidak berhati-hati pasti akan membawa padah kepada kelab. Ditambah pula dengan kehadiran Man city and spurs pastinya, akan membuatkan impian kita untuk melihat Liverpool Juara Liga perdana sidikit terganggu.

Contohnya, perlawanan menentang West Ham lepas, menyaksikan dimana kita tewas mengejut kepada pasukan kendalian Avram Grant di Upton Park.

Kepada rakan-rakan lain jangan salah paham… disini bukan bermaksud saya tidak percaya kepada Kredibiliti Daglish dalam mengendalikan Liverpool. Dan sejak kedatangan Daglish, beliau telah membuktikan bahawa dia salah seorang pengurus terbaik lihat sahajalah….

Pada satu ketika Liverpool ditinggalkan oleh Roy pada kedudukan antara pasukan tercorot Liga tetapi dengan idea beliau kini Liverpool kembali bersaing dalam kedudukan tahta Liga perdana.

Apa-apa pun saya harapan cepat-cepatlah pihak pengurusan Liverpool menawarkan kontrak tetap kepada Kenny supaya beliau boleh meneruskan perancangan jangka panjang untuk membina kembali Liverpool gah di seantero dunia.

Ps : Saya tetap Liverpool fan Ok!!!!!

comment 2 comments:

Anonymous said...

SETUJU..........YNWA

Anonymous said...

hahahaha...setuju sgt2..
harap2 king kenny dapat bimbing liverpool utk pgg balik title BPL

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger