Kisah si Pacheco


--Pergilah menimba pengalaman Pacheco--

Sumber yang dipetik daripada Liverpoolfc.tv kini melaporkan si anak kecil Daniel Pacheco akan dipinjamkan ke pasukan Norwich City dengan tawaran kontrak sehingga 31 mei 2011. Tambah lagi daripada laporan tersebut mengatakan bahawa proses pinjaman ini berdasrkan kepada secara agak tergesa-gesa, namun sebabnya tidak di diterangkan mengapa dan kenapa Pacheco yang merupakan bekas pemain dari Barcelona sebelum ini.

Bagi saya (penulis), ini adalah kesempatan terbaik untuk Pacheco untuk menampilakan kebolehannya di pentas yang lebih tinggi dan bermain dan merebut dalam kesebelasan utama dalam pasukan Norwich City ini. Sejarah menunjukkan pemain yang dipinjamkan bukan pemain yang disiskan daripada pasukan,tujuan sebenar pemain dipinjamkan adalah untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu yang berguna untuk meningkatkan kemahiran pemain itu sendiri.

Dan juga tidak terlewat rasanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ian Ayre dan Damien Comolli atas kenaikan taraf mereka berdua sebagai ahli rasmi dalam pihak pengurusan Liverpool. Dalam laporan yang dipetik daripada Liverpoolfc.tv menyatakan Ian Ayre dilantik sebagai pemegang jawatan “Liverpool FC Commercial Director” dimana jawatan ini adlah jawatan yang telah dipegang olehnya sejak 2007. Manakala Damien Comolli yang seperti kita semua tahu, akan menjadi individu yang bertanggungjawab dalam soal perkembangan dan pembangunan kelab dan pemain. Dan jawatan yang disandang olehnya adalah Director of Football.


(kiri: Comolli) (tengah : kenny) (kanan : Ian Ayre)

Damien Comolli telah menunjukkan persembahan perancangannya di Liverpool secara menarik dimana, beliau adalah salah seorang yang bertanggungjawab untuk membawa dua wira baru kelab kesayangan kita iaitu Andy Carroll dan Lusi Suarez pada musim perpindahan januari lepas.

Diharapkan dengan jawatan tetap yang diperolehi Damien Comolli, beliau akan terus memberikan idea bernas untuk membawa lebih banyak pemain seperti yang dilakukannya semasa Tottenham Hotspur yang membawa masuk Gareth Bale dan lain-lain.

Dan tidak lupa juga kepada John Henry jangan pulak terlupa pada Kredibiliti, Kenny Daglish sebagai pengurus Liverpool. Saya yakin Kenny akan mampu mengubah kelab menjadi juara semula jika dia terus diberi masa dan peluang untuk mentakbir para pemain kesayangan kita. Hope cepat-cepat Kenny pula akan diberikan jawatan sebagai pengurus tetap di Liverpool . YNWA

comment 4 comments:

RABUN on March 24, 2011 at 3:07 PM said...

aku pon tak tau macam mana tahap kebolehan pacheco ni, pasal jarang jarang diturukan...lebih lebih lagi kalau nak dibandingkan dengan ngog...

pokdin on March 24, 2011 at 4:15 PM said...

Kenapa la Liverpool jarang turunkan Pacheco..tapi lebih kerap trnkan Ngog..
Aku rasa Pacheco lg power, dah la main Spain U-19 & score 4 gol..

Takkan la pasal badan kecik xbg peluang..Messi kecik ape..

Mad Maddock on March 24, 2011 at 5:11 PM said...

mcm2 perubahan positif sejak tukar pemilik ni. bagus. x saba plak nk tgk stadium anfield berubah lpas ni.hehe YNWA.

Wan Gerrard on March 25, 2011 at 1:00 AM said...

harap ke norwich dpt mentapkan lg permainan Pacheco, antara aset penting Liverpool~

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger