Fernando Torres badi atau sumpahan



Bukan hendak mengutuk atau hendak memalukan sesiapa. Entri ini ditulis hanya untuk satapan minda dan luahan minda hasil dari perngliihatan semasa perlawanan Spain vs Czech Republic dan perlawanan-perlawanan sebelum ini semasa melihat aksi bekas pemain yang boleh dikatakan sebagai pemain pujuaan saya (penulis) dahulu nya.


Sejarah menunjukkan pemergian Michael Owen yang berlumba-lumba sangat hendak berpindah mencari nama dan Publisiti di Real Madrid.telah menyebabkan pemain yang dahulu sukar dikekang dan sukar untuk dikawal rapi oleh barisan pertahanan menjadi semakin lembik dan menjadi pemain yang dirasuk saka!! yang bernama Injury a.k.a kecederaan.

Apa yang diperkatakan tadi bukan istilah sebenar yang terjadi kepada Torres kini, tetapi pada pendapat saya(penulis), sejak pemergiannya dari Liverpool dan menyertai pasukan yang diperkatakan oleh beliau adalah pasukan yang akan memberi sinar bahagia kepada nya iaitu Chelsea. Pemain yang secara jujurnya menjadi idola saya sebelum ini, telah menjadi semakin menurun prestasinya, bercakap disini memang benar saya (penulis ) akui perpindahan Beliau ke Chelsea telah menghancurkan banyak hati-hati yang memujanya semasa dia berada di Liverpool, dan saya juga tergolong dalam kumpulan itu.

Namun, dalam masa yang sama, saya juga duduk di alam yang nyata dan mengharapkan agar pemergian beliau akan memberi impak yang besar kepada kerjaya . Tetapi dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini sejak perpindahan tersebut ternyata dia si Torres terus bermain dengan dibawah prestasi sebenarnya. Dan juga semasa perlawanan menentang Czech Republic bersama Spain juga dia terus terngelam dibawah kehebatan David Villa yang menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu.

Sememangnya ada peminat Liverpool akan marah dengan entri kali yang seolah-olah mengagungkan Torres, namun pada kenytaannya dia Torres memang pemain yang bagus dan adakah sumpahan peminatnya semasa dia bermain di Liverpool yang dahulu memujanya tetapi kini membencinya.Membuatkan dia si Torres menjadi semakin lembik dan semakin tengelam dalam era peningkatan pemain lain. Dan adakah dia mampu kembali ke prestasi asalnya.

Jujurnya saya yakin dengan andaian saya , jika keadaan ini berterusan dia akan sekali lagi mengikut jejak langkah Michael Owen yang terus tengelam dalam kalangan pemain Real Madrid dahulunya dan kini hampir lemas dalam kalangan pemain di Manchester United .

Persoalannya disini adakah si Torres mampu bangkit???? Kita tunggu dan lihat.

comment 8 comments:

Anonymous said...

xpasti...tak dinafikan dia(torek) mmg pemain yg bagus..Dulu dia mmg pujaan di liverpool.tidak dinafikan.tapi dorongan yg kurang membuatkan dia terus tenggelam..teruskan perjuangan torek...

budak kampung on March 26, 2011 at 10:57 AM said...

terus terang disini aku nyatakan aku lagi suka klu dia terus lingkup...........Dah tak ade maknaya bagi aku nak wish dia maju dlm kerjayanya.....biar buat pengajaran kepada sapa2 nak jd pengkhianat....walah..

Anonymous said...

sabo budak kampung bloger...hehehehe..
apakan daya..die bla.tinggalkan semangat kat liverpool..walaupon die nak berjaya mmg lmbat lg la..

rabunmerah on March 27, 2011 at 4:35 AM said...

yup dia akan terus tengelam... dan tengelam! zaman kegemilangan dia dah berlalu...bukan ketika bersama chelsea, tapi ketika bersama Liverpool lagi...

cuma kita tak perasan kerana penyokong Liverpool adalah penyokong yang baik2(mcm aku haha!) dan sangat supportive.

dia akan berasa seperti berjalan berseorangan dan Pasti akan dibakul sampahkan sepanyol setahun dua lagi...

Wan Gerrard on March 27, 2011 at 3:53 PM said...

hmm mungkin sukar untuk die di Chelsea, namun bagi die sedikit masa~

pokdin on March 27, 2011 at 6:21 PM said...

Torres memang pemain bagus..Kat Liverpool dia bermain bagus kerana system yg diguna pakai oleh Liverpool.

Kat Chelsea system lain..dia kene la adjust cara die bermain..

Tapi Torres skang pn memang nmpak lain dah..lembik sket..bola dh xnak kejar..nak tunggu orang bg je bola..

Apapun terima kasih sumbangn anda pada Liverpool..
Kerana Torres kita bangga dpt kalahkan Chelsea..kerana Torres kita bg Vidic MU kad merah..Kerana Torres fans dpt bermegah & dpt kutuk2 Chelsea fans..

Moga Torres maju jaya di Chelsea..tapi bukan season nie laa...haha

Anonymous said...

pegi mampos sama dia..............!!!!!!!

Anonymous said...

penyakit dia sama jugak macam penyakit michael owen iaitu kecederaan.

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger