Injury Updates menjelang perlawanan menentang manshitt


--Come on dude, you must play this match !!--

Menurut berita yang kini semakin bertebaran dari segenap laman web sukan di internet, banyak penulis dan blog-blog hangat memperkatakan, katanya pemain termahal England akan kembali beraksi dalam debut pertama sejak berpindah dari Newcastle untuk menyertai Liverpool.

Dalam laporan yang berbunyi, kini khabarnya Andy Carroll semakin hampir untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Man united pada malam ahad ini, hal ini juga telah diakui oleh ketua perubatan di mellwood Dr Peter Brukner yang menyatakan berkemungkinan Andy akan berpeluang untuk menyarung jersey The Reds pada perlawanan tersebut.


--Mungkinkah LFV no 4 akan kembali beraksi ?--

Disamping itu juga, Raul Meireles, Daniel Agger dan Fabio Aurelio diharapkan akan kembali ke sesu latihan penuh dalam masa 48 jam akan datang dan boleh dijangka bahawa ketiga tonggak Liverpool ini akan boleh diturunkan pada perlawanan menentang united dalam kempen Liga Perdana.

Hal ini bukan sekadar omong kosong sahaja, kerana jurulatih Liverpool, Steve Clarke sendiri menyatakan bahawa kemungkinan adalah tinggi untuk Meireles yang merupakan pemain antarabangsa Portugal ini untuk kembali mendapat tahap kecederasan, yang akan membolehkan dia beraksi dalam perlawanan akan datang.

Namun squad kita akan turun tanpa pemain muda kita, Martin Kelly yang telah disahkan oleh LFVTV, bahawa Kelly terpaksa direhatkan selama 4 minggu kerana kecederaan hamstring. Dan ini pastinya memberikan peluang kepada Johnson untuk kembali ke posisi kegemarannya di sebelah kanan dan meletakkan Wilson ataupun Fabio Aurelio di sebelah kiri.


ferdinand and vidic, sorylah! you out dumb shit!!!!

Manakala dikutip dari sumber yang boleh dipercayai, saya (penulis) telah membuat sedikit andaian bahawa berkemungkinan United akan turun tanpa dua tonggak utama pertahanan mereka iaitu Rio Ferdinand yang masih cedera manakala Nemanja Vidic, sedang dalam proses pengantungan perlawanan kerana menerima kad kuning kedua semasa perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge rabu lepas. Dan juga berkemungkinan bahawa Patrice Evra, pertahanan kiri united juga berkemungkinan akan ketinggalan dalam perlawanan di Anfield ahad ini kerana mengalami kecederaan kecil semasa united menentang Chelsea.

comment 4 comments:

helmi haron on March 3, 2011 at 12:35 PM said...

ya masing masing ada kecederaan
peluang 50-50
yang harap man utd nk jadi juara ke 19

RABUN on March 3, 2011 at 1:32 PM said...

mari kita gagalkan usaha mereka untuk mng kali ke 19....dan fight juara untuk musim depan

Merseyside Malaya on March 3, 2011 at 5:47 PM said...

ayuh liverpool!!!!

pokdin on March 4, 2011 at 3:01 PM said...

harap aurelio, agger n meireles fit utk lwn MU..

aurelio ada, boleh bantu cross bola kt kiri..
kt kanan dh ada johnson, boleh cross lawa..

kamon liverpool, kalahkn MU.

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger