Reina" perbaiki segala kelemahan lepas"



Bercakap kepada web rasmi Liverpoolfc.tv penjaga gol utama The Reds Pepe Reina telah memberikan penilaian jujur mengenai tahap prestasi yang dipamerkan olehnya semasa aksi menentang West Ham pada hari Ahad lepas, tambah pemain kebangsaan sepanyol itu lagi “saya harus terus memperbaiki prestasi saya, dan saya akan cuba untuk lebih berkembang lebih maju daripada sekarang”

Seperti yang kita semua tahu, Pepe Reina merupakan salah seoarang pemain yang banyak memberi impak yang besar kepada Liverpool dan pasukan, sebelum ini juga dia juga pernah diiktiraf sebagai salah seoarang penjaga gol terbaik untuk Liverpool sepanjang zaman.

Tambah Reina lagi….

“Dalam sesi latihan mendatang, saya akan cuba untuk mengubah segala kelemahan lalu dan sekaligus mempertingkatkan segala teknik ayang saya miliki demi mempersiapkan diri dalam perlawanan akan datang”

“Saya sedar kehadiran kami sebagai pemain senior di kelab ini, tugas kami juga bertindak sebagai contoh teladan yang baik kepada pemain-pemain muda, oleh itu saya, Stevie, Carra dan Dirk untuk lebih konsisten di sesi latihan mahupun dalam dalam perlawanan”

Disamping itu juga, reina juga turut memuji kehadiran Carroll dalam squad Liverpool , dan juga berharap agar pemain muda kelahiran England ini akan terus dan akan menjaringkan lebih banyak gol di Liverpool seperti mana andy lakukan di The Toon.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger