Entri untuk ke 60 tahun





Pastinya anda sudah mengetahui makna ke 60 kepada semua penyokong liverpool, dan bagi yang belum mengetahui sebenarnya pada semalam waktu UK pengurus kita Kenny Daglish telah menyambut hari lahirnya ke 60 tahun, Dan inilah entri ini dibuat khas untuk beliau.

Salam dan selamat sejahtera, sudah lama saya merancang untuk menulis entri khas berkenaan Daglish semenjak kembalinya beliau menjadi pengurus bagi Liverpool dan pada hari semperna hari bahagia beliau iaitu kehadiran sambutan hari jadi beliau yang ke 60 tahun, entri ini khas disandarkan kepada mu insan yang bernama “King Kenny”.

Perkataan “Lagenda “ terlalu kecil berbanding makna sebenar King Kenny terhadap pasukan yang diberi nama Liverpool ini begitu juga sebaliknya. Pencapaian yang dilakukan oleh lelaki kelahiran Glasgow, Scotland ini sering disebut tetapi lebih mudah untuk dikatakan dialah pemain yang paling sukses semasa bermain di Liverpool dan juga dikatakan sebagai pemimpin paling Berjaya semasa di Liverpool. Benarkah mari kita lihat???

Pada masa Liverpool memerlukan penyelamat untuk menyelamat pasukan daripada terus rebah dalam kancah liga, pada 8 January 2011 setelah Roy Hodgson dipecat akibat tiada lagi erti menang kepada Liverpool, hadirnya insane biasa datang untuk menyelamatkan Liverpool. Pada mulanya ramai yang menganggap tindakan melantik Daglish sebagai pengurus sementara, adalah satu langkah yang tidak bijak, kerana beliau sudah lama tidak mengurus pasukan dan kali terakhir pada tahun 2000 semasa memimpin Celtic FC. Bagaimanapun John Henry mendengar keluhan kita peminat Liverpool untuk memberi Daglish peluang untuk membantu memulihkan moral pemain dan seterusnya mengubah pasukan menjadi lebih baik.

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah old school dalam dunia bola sepak ini, lihat sahaja bagaimana dia membuktikannya semasa di Blackburn Rovers, dimana beliau mengambil alih kelab ini dari Division Dua dan menaikkan kelab ini naik ke Liga Division Pertama dan beliau hanya mengambil masa 2 musim sahaja untuk membawa kelab yang asalnya banyak masalah untuk menjadi Juara Liga Perdana.Banyangkan lah. Dan pada masa yang sama menjadikan Daglish sebagai pengurus yang keempat yang menang kejuaraan Liga Perdana dalam dua pasukan yang berbeza anatara daripada mereka ialah Tom Watson (Sunderland dan Liverpool), Herbert Chapman (Arsenal dan Huddersfield Town) and Brian Clough (Derby County dan Nottingham Forest) serta Kenny Daglish (Liverpool dan Blackburn Rovers)

Namun pada penulisan hari ini tujuan sebenar saya adalah untuk menceritakan apakah perubahan yang telah berlaku di Liverpool sejak beliau kembali menjadi Pengurus di Liverpool dan disini terdapat Lima perubahan posistif yang telah berlaku di Liverpool FC. Mari kita lihat apakah perubahan tersebut.

No 1( Bersatunya semua penyokong dan The Kop)



Lihat sahaja lah, semasa Roy Hodgson memimpin kelab, kita sendiri boleh lihat, kebanyakkan penyokong berbelah bagi samada menyokong setiap tindakan dan perilaku serta segala perubahan yang dilakukan oleh Hodgson. Namun sejak Daglish kembali memimpin anda semua boleh Nampak penyokong, The Kop kembali bersatu menyokong demi kelab yang dicintai ini.



No 2 ( The reds kini bermain kepada corak menyerang)

Di tempat lawan mahupun di tempat sendiri Liverpool lebih kerap menyerang. Dalam tiga perlawanan pertama Daglish, walupun keputusan agak tidak membanggakan namun Nampak perubahan dari aspek serangan dan asakan kepada kubu lawan. Ini diikuti dengan kemenangan semasa menentang The Blues di Stamford Bridge. Segalanya tidak ada lagi persolan Kenny sememangnya “The King”.

Dan jika melihatkan kepada sejarah lama, di Anfield dahulu The Kop sememangnya perkataan “ATTACK”, “ATTACK”, “ATTACK”, “ATTACK” dan sejak kehadiran Daglish kini kita boleh dengar perkataan ini semakin kerap disebut dan berkumandang di stadium keramat kita Anfield.

Dan juga kini Liverpool kembali kepada corak sebenar iaitu Pass and move... dan ini merupakan corak yang dahulu menjadi kegemaran The reds semasa zaman kegemilangan Liverpool. pada era tahun 80 an.




No 3 (Berjaya membuatkan Raul Meireles menjadi wira di Liverpool)

Lihat sahaja menjaringkan beliau menjaringkan gol-gol cantik dan sejaligus menjadi raul sebagai pemain yang merbahaya di petak penalti dengan jaringan sepak kencang dari pemain kebangsaan Portugal ini. Dan kini raul telah menjaringkan 5 gol setakat ini.



No 4(Bijak mempengaruhi media)

Kita boleh lihat bagaimana, semasa sesi press conference, Kenny bijak menangaini segala soalan licik daripada media, dan juga beliau bijak mengawal segala aspek yang bakal ditanya oleh media. Contohnya yang terbaik adalah semasa Kenny ditanya mengenai kes dimana Torres bakal dan ingin meninggalkan kelab. Lihat saya apa yang diperkatakan oleh beliau. “Liverpool are bigger than any individual”, kata –kata ini boleh dijadikan soalan pemati kepada media dan seolah pihak media mati akal untuk bertanya mengenai hal Torres dan juga pada masa yang sama ini juga dijadikan sebagai Kritikan pedas kepada Torres yang telah membuat keputusan untuk menyertai Chelsea pada musim perpindahan lepas.



No 5( Memberikan ruang dan peluang untuk pemain muda terus meningkat)

Sebut sahaja Martin Kelly, D Wilson, Jonjo Shelvey, Jay Spearing. Dahulunya semua pemain yang saya senaraikan ini tidak begitu dikenali dan tidak menjadi topik perbualan dalam kalangan peminat Liverpool sendiri, namun sejak kendalian Kenny Daglish semua pemain ini menjadi semakin dikenali kerana mereka adalah pemain muda yang kini semakin meningkat tahap prestasinya .

Bahkan mengenai hal Kelly dan Johnson, siapa sangka pertukaran kiri dan kanan antara kedua pemain ini, telah mengatasi masalah pertahanan kiri yang membelenggu squad. Dan ini jelas menunjukkan “Kenny s the king”.



Kesimpulannya, kehadiran insan istimewa ke dalam Liverpool kali ini, sememangnya memberikan impak yang besar dan tidak dapat dibandingkan. Walaupun pada perlwanan terakhir dalam kempen liga perdana Liverpool tewas mengejut kepada west ham, namun harus diingat inilah bola sepak, kerana keputusannya selalu sahaja mengejutkan, bahkan Man united juga tewas kepada wolves iaitu pasukan tercorot dalam liga perdana. Sekian. “ Kenny we love you and happy birthday”

comment 1 comments:

Wan Gerrard on March 5, 2011 at 2:36 AM said...

Kenny the Liverpool legend ^_^

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger