MATCH Review : Liverpool 1- 1 Wigan



Perlawanan yang baik kawalan bola yang tampak sememangnya menyebelahi Liverpool. Namun seperti yang kita semua tahu, semua perlawanan dalam sukan bola sepak, nasib juga memainkan peranan dan ternyata hari ini nasib tidak menyebelahi pasukan kesayangan kita ini. Ketiadaan kapten kesayangan kita, Gerrard sememangnya dirasai dan sedikit sebanyak memberikan impak kepada barisan tengah The Reds.


---Raul memang memukau---

Dalam perlawanan menentang wigan ini, gol pembukaan dimulakan oleh jaringan volley daripada raul Meireles, yang dimulai oleh gerakan daripada hantaran Fábio Aurélio pada minit ke 24, kedudukan kekal pada separuh masa kedua, Pada minit ke 65' S. Gohouri menjaringkan gol penyamaan untuk wigan. Pada pendapat saya (penulis) gol tersebut adalah berada dalam kedudukan out side. Namun bergitulah bola sepak, kadang-kala bukan semua perkara yang dirancangkan dan boleh direalisasikan.


---persoalan" mengapa Meireles selalu dikeluarkan sebelum tamat perlawanan"--

Pujian juga kepada J. Carragher yang tampak tampil menunjukkan prestasi yang berkeyakinan. Dan juga kepada Luis Suarez bermain dengan prestasi yang memuaskan dengan banyak membuat percubaan merbahaya kepada gawang pihak lawan. Mungkin hanya masa yang menuntukan bila Suarez akan menjaringkan gol dalam perlawanan akan datang.


---Andy Carroll bilakah akan bermain untuk Liverpool---

Keputusan seri ini, mengekalkan kedudukan Liverpool dalam tangga ke 6 liga. Dengan 39 mata. Dan juga diharapkan kenanangan hari ini dapat dilupakan oleh squad kendalian kenny daglish dan kembali menumpukan pada kempen Liga eropa apabila kita (liverpool) akan bertandang ke Sparta Prague untuk meneruskan misi dalam mendapatkan tempat ke peringkat yang lebih tinggi. sekian YNWA.....

comment 3 comments:

jilah said...

nasib..nasib gak..cuma aku tengok REDS kawal bola x bagusla...asyik kena curi jer ngan si Wigan tu..pemain2 yg bagus (selain si Meireles yg jaringkn gol tu) , aku rase Carragher yg byk selamatkan keadaaan..suarez yg byk buat cubaan, & lucas yg byk curi balik bola...pemain yg aku rase semak jer...ngog dgn jovanovic....depa tak cuba pun ambik bola dari si Wigan tu ( tak tau la kalau aku tak tgk..tapi suppose 2 org cubalah attack si WIgan tu)..ni asyik arap si Suarez jer...and Maxi bg aku tak pandai ambik peluang la, dia ada chance nak buat gol but..(p.s; patut nya REDS boleh menang la...geram nyer)

RABUN on February 13, 2011 at 11:45 PM said...

Liverpool punya player nampak kepenatan, Suarez plak nampak bertenaga gila, cuma banyak hilang bola...

Wigan mcm biasa lawan Liverpool memang jadi kuat tetiba, heran gak aku hermmm

Tengku Sidek on February 15, 2011 at 12:11 AM said...

Kecewa, terkilan dan marah!! Semakin jauh nak mengapai tempat ke C.League..draw against relegation battle team at HOME.. unbelievable..Adakah Kenny tak perasan yang dia boleh buat 3 pertukaran..kita menang sebelum ni memang tak nampak..Wigan showed what we lacked! SO disappointed at all..sehari aku tak tgk pasal bola kt TV..Liverpool punyer pasal..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger