"Pengalaman di Liverpool sangat pahit untuk dikenang"



Salam dan selamat sejahtera kepada rakan Reds sekalian, maaf la, sudah hampir dua hari sudah blog ini tidak diupdate kerana pelbagai tanggungjawab lain yang lebih penting, dengan kerja kuliah, asiment dan proses nak buat tesis. Sibuk sangat. Namun pada entri kali ini saya terpaksa berkorban sedikit untuk menulis entri ini yang saya rasakan menarik dan boleh sama-sama kita kongsi makulumat ini.

Dalam berita terbaru yang saya baca dalam laman web, yahoo sport yang menyatakan kini pengurus baru pasukan west brom iaitu bekas pengurus Liverpool sebelum ini yang telah dipecat oleh pihak pengurusan liverpool. Roy Hodgson, akhirnya tampil kepada media memberikan komen yang agak kurang sedap dibaca oleh kita penyokong Liverpool.

Dalam komen tersebut Roy menyatakan bahawa sepanjang berkhimat di Liverpool di selalu “terluka” dan kini dia menjadi semakin kurang percaya kepada dirinya sendiri setelah kenangan pahit yang dilalui selama 6 bulan di mengendalikan Liverpool.

Tambah Roy lagi....

Dalam 36 tahun sejarah penglibatannya dalam pengurusan bola sepak, ini adalah kenangan pahit yang paling sukar dilupakan semasa bkhimat di Liverpool. Dan juga roy mengatakan dia senang dengan pengalaman selama menjadi pengurus The Reds dan dia kini gembira atas kembangkitan yang dialami oleh Liverpool pada masa sekarang.

Bagi saya penulis, segalanya sudah menjadi sejarah dan konsep ini sama seperti kes berkaitan dengan perpindahan Torres. Dan yang penting apa yang saya ingin saya ucapkan kepada Roy terima kasih atas segala apa yang anda seumbangkan kepada Liverpool dan paling penting sekali terima kasih kerana membawa masuk Raul Meireles, dan kini dia menjadi hero baru kepada kami semua penyokong Liverpool. Terima kasih Roy, semoga sukses dengan kelab baru anda.

comment 1 comments:

Alfarisin Muu on February 15, 2011 at 6:36 AM said...

west brom bro, bkn west ham..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger