MATCH Review: Chelsea 0- 1 Liverpool


--Jaringan ini membuktikan "no player bigger than LFC"---

Tactically superb dan inikah yang diperkatakan oleh Kenny Daglish sebelum perlawanan bermula “saya ada kejutan besar pada perlawanan malam ini” sumber Twitter.

Penuh rasa bangga dan keterujaan itu yang dapat disimpulkan dalam perlawanan malam ini. Apa lagi yang hendak dibuktikan Liverpool memang tidak memerlukan seoarang pemain sahaja untuk menang dalam perlawanan.

Secara jujurnya, pada mula perlawanan saya(penulis) agak keliru dan tertanya-tanya apakah yang cuba dipamerkan oleh Kenny Daglish dengan posisi yang tampak bergitu peli. Namun kali ini saya dengan secara rasminya menarik kata-kata itu. Ternyata Daglish lebih mengetahui apa yang benar-benar terbaik dan benar-benar tahu apa yang perlu untuk menyekat kemaraaan squad kendalian Carlo Ancelotti.

Dengan langkah berani meletakkan Kuyt dihadapan secara besendirian memang, menakutkan apa yang diperlihatkan oleh Daglish, kredit juga patut diberikan kepada Raul Meireles yang sekali lagi berjaya mencipta gold an seterusnya membawa kemenangan yang benar-benar berharga untuk Liverpool kali ini. Glen Johnson juga bermain dengan sangat-sangat baik dengan bermain di base line padang dan menunjukkan dia adalah salah seorang pemain yang beraksi cermelang pada perlawanan ini.

--Kemenangan yang benar bermakna Untuk Liverpool dan Kenny Daglish--

Kesimpulannya dengan kemenangan pada mala mini, memastikan kedudukan Liverpool naik ke tangga ke 6 dalam liga perdana untuk kali pertamanya dalam musim ini serta enam mata dibelakang Tottenham Hotspur dan Chelsea. Apa lagi yang perlu dibuktikan oleh Kenny Daglish, saya sememangnya menyokong sangat-sangat jika John W. Henry melantik Daglish sebagai pengurus tetap di Liverpool.
Anway kawan-kawan jangan terus dibuai dengan kemenangan mala mini, kita perlu terus pandangan kehadapan untuk memastikan slot ke Liga Juara-juara milik Liverpool pada musim depan. Sekian Love You Raul Meireles.

Pemain terbaik yang dipilih oleh saya = Meireles.

Liverpool Line Up:
Reina, Carra, Agger, Skrtel, Kelly, Johnson, Lucas, Gerrard, Maxi(Aurélio), Meireles(Poulsen), Kuyt.




comment 1 comments:

RABUN on February 7, 2011 at 3:15 AM said...

Torres mungkin baru tesedar dari lamunan...aku dapat rasakan dia takan akan sekali kali berjaya ngan chelsea hehehe

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger