Dalam suasana hangat pada hari ini, pada malam ini dimana kita akan menyaksikan perlawanan anatara Chelsea dan pasukan kegemaran kita semua, Liverpool. namun bergitu disini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh web rasmi Liverpoolfc.tv yang menyatakan bahawa kini Fabio Capello Pengurus England telah menamakan dua pemain Reds untuk menaburkan keringat serta kudrat kepada pasukan kebangsaan England.
Kedua pemain ini adalah seperti yang kita semua tahu, pemain kegemaran Capello, yang selalu mendapat tempat dalam barisan utama pasukan, tidak lain tidak bukan adalah kapten kesayangan kita Steven Gerrard dan Glen Johnson.
Melihatkan pada berita ini, saya (penulis) berangan-angan adakah sesuatu hari nanti akan bertambah pemain dari Liverpoolfc akan dipilih oleh Fabio Capello. Anataranya ialah Martin kelly dan Andy carroll yang kini masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah untuk menunjukkan bahawa meraka berdua juga layak untuk bermain bersama gerrard dan Johnson.
Diharapkan mereka berdua Kelly dan Carroll akan berusaha dengan lebih keras dan gigih untuk memikat hati Fabio Capello sekaligus memanggil mereka untuk aksi peringkat antarabangsa.
Post a Comment