MATCH Preview : Sparta Prague vs Liverpool



FRI 18-Feb 4:00 pagi (Channel 817)Astro SuperSport 3
Live Streaming :
link 1
link 2
link 3

Banyak sejarah baru akan berlaku dalam perlawanan peringkat kalah mati ini, iaitu yang paling utama, berita secara rasmi yang diumumkan oleh Kenny Daglish mengenai kemasukan budak junior pemain Liverpool yang menunjukkan aksi yang memberangsangkan, kini Jack Robinson, John Flanagan, Raheem Sterling dan Conor Coady telah pun mencipta sejarah baru dalam pasukan yang mempunyai kelibat pemain muda yang mempunyai potensi besar.


---joe kembali cergas dan bersedia untuk diturunkan ---

Dengan kembalinya kelibat Joe cole yang saya (penulis) rasakan kembali cergas untuk disenaraikan dalam squad kendalian Daglish, saya pasti tanpa kelibat Gerrard, Agger yang masih lagi cedera serta Christian Poulsen yang sedang menunggu hari bahagianya dengan isterinya.

Secara jujurnya, dalam perlawanan ini akan menunjukkan kecederasan bagaimana Daglish menggunakan segala sumber yang ada di dalam squad sekarang untuk menghasilkan hasil yang pastinya membuatkan kita penyokong Liverpool kembali tersenyum lebar awal pagi esok. Dan saya juga berharap agar peluang dapat diberikan kepada pemain muda untuk menimba pengalaman yang berguna dalam aksi perlawanan kali ini.


--jika beraksi mereka berdua bakal mencipta sejarah baru kepada Liverpool fc--

Dengan Liverpool bertandang ke Generali Arena, yang merupakan gelanggang rasmi bagi Sparta Prague. Diharapkan agar semua pemain dapat menunjukkan kebolehan masing-masing dalam perlawanan ini untuk membawa bekalan berguna semasa aksi kedua yang bakal berlangsung di Anfield pada minggu hadapan. Sungguhpun Kita Liverpool hanya bermain di Liga Europa sahaja, sebagai peminat kelab yang mempunyai sejarah ini, saya pasti bahawa semua peminat mengharap yang terbaik bagi pasukan dan seluruh pemain yang memakai jersey kebanggaan kita ini.

---Raul Meireles adakah akan menjaringkan gol lagi?---

Jika bercerita mengenai statistik perlawanan dan andaian di atas kertas sememangnya keputusan menyebelahi kepada Liverpool, namun harus diingatkan dalam bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku dan kalau sebaiknya kita tidak mahu menjadi seperti Manchester City yang terpaksa berhempas pulas dan hanya mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan menentang Aris Thessaloniki FC dalam perlawanan yang berlangsung pada semalam hari.

Akhirkata diharapkan agar kemenangan ini menjadi permbakar semangat kepada seluruh pemain Liverpool dan kalau bercerita mengenai diri saya (penulis) diharapkan menang dalam perlawanan ini akan menjadi hadiah hari jadi saya. Sekian YNWA….

Kami sentiasa disisi mu Liverpool….. BoRn A rEd, DiE a ReD

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger