Antara Raheem Sterling dan Gerrard



Dalam kehangatan persedian peringkat pusingan kalah mati liga Europa, semakin hangat diperkatakan mengenai isu kemasukan pemain muda yang mempersembahkan persembahan memukau semasa perlawanan peringkat separuh akhir yang menyaksikan Liverpool membelasah pasukan Southend United dalam kempen piala FA bahagian remaja.

Dalam perlawanan ini kita dapat lihat dimana pemain Raheem Sterling telah menjaringkan lima gol daripada jumlah gol keseluruhan iaitu 9 dengan tanpa balas. Mungkin anda semua sudah mengetahui bahawa pemain ini kini baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 16 tahun pada bulan lepas.

Jika benar berita ini, kita sekali lagi akan menyasikan sejarah dan rekod baru tercipta dimana pemain ini akan menjadi pemain termuda dalam sejarah Liverpoolfc yang membuat penampilan dalam pusingan kalah mati liga europa apabila turun menentang Sparta Prague.


---Kemungkinan Liverpool beraksi tanpa kelibat Gerrard--

Namun begitu terdapat juga berita yang kurang sedap didengar kerana berkemungkinan bahawa kapten kesayangan kita Gerrard berkemungkinan tidak akan diturunkan dalam perlawanan akan datang ini kerana masih lagi bergelut untuk kembali cergas setelah mengalami kecederaan semasa menentang Chelsea di Stamford Bridge minggu lepas.

comment 2 comments:

Tengku Firmino on February 16, 2011 at 7:11 PM said...

unbelievable talent!!! go Raheem go!

farwalis on February 16, 2011 at 11:54 PM said...

tom ince juga!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger