senarai pemain pilihan Dahlish/Comolli

Dalam kerancakkan musim perlawanan piala europa, tidak dilupakan proses jangkaan pembelian yang disenaraikan oleh tampuk pimpinan Kenny Daglish dan Comolli, untuk memantapkan squad yang ada pada musim perpindahan yang bakal menjelama pada penghujung musim ini. Berikut adalah beberapa pemain yang telah dikaitan dengan proses perpindahan akan datang.

Arda Turan


Merupakan pemain kelahiran asal dari Istanbul, Turkey dan kini sedang bermain di kelab Galatasaray yang juga kelab yang berpengkalan di Turkey. Pemain ini boleh beraksi di posisi Attacking midfielder dan winger kiri. Hal ini juga adalah kerana dalam pasukan sekarang kita tidak mempunyai pemain yang benar-benar berpotensi untuk menggalas cabaran untuk memacu jentera serangan di sebelah kiri squad yang ada sekarang.

Kjær Simon

Dia merupakan pemain yang kini berumur 22 tahun dan juga merupakan pemain kebanggsaan Denmark dan juga pada masa sekarang pemain ini sedang beraksi di Bundesliga iaitu VfL Wolfsburg. Namun hal ini berkemungkinan merupakan salah satu cabaran beasr kepada Comolli untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah ini, hal ini adalah disebabkan pemain ini juga telah mendapat perhatian dari kelab-kelab lain iaitu Real Madrid. Dan juga pemain ini Berjaya diserapakan dalam suquad yang ada berkemungkinan pemain ini akan menjadi salah seorang pemain pelapis kepada Carra dan meneruskan aksi cermelang pemain pertahanan sejak kendalian daglish di Liverpool.



Ibrahim Afellay


Berkemungkinan anda semua pernah mendengar nama pemain ini sebelum ini, hal ini berlaku adalah disebabkan pada era kendalian Roy pemain ini juga dijadikan sandaran untuk menyertai Liverpool. Salah satu sebab mengapa pemain ini menarik perhatian pihak pengurusan The reds adalah kerana pemain kebangsaan Belanda ini tidak bergitu gembira sejak menyertai Barcelona pada musim perpindahan januari lepas. Rentetan dari itu, sejak kedatangan Afellay di barca dia hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan yang selalu memanaskan bangku simpanan, hal ini secara tidak langsung membuatkan pemain ini tidak gembira dan juga jika hal ini berterusan berlaku kemungkinan perjalanan sejarah bola sepaknya akan terbantut akibat terlalu banyak memanaskan bangku simpanan. Menurut sumber yang boleh dipercayai berkemungkinan Liverpool akan menawarkan yuran perpindahan sekitar £ 9 juta untuk mendapatkan pemain yang mempunyai potensi besar ini.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger