Statistik rekod perlawanan setakat minggu 22


Setakat minggu ke 22 dalam kempen Liga Perdana, Liverpool masih lagi bertungkus lumus untuk mempertingkatkan prestasi dalam kancah liga yang semakin hari semakin tampak mencabar. Dan jika kita tinjau dan lihat dimanakah Liverpool berada dalam kedudukan Liga perdana sekarang, pastinya kita sedih dengan kedudukan ini iaitu di tempat ke 9.

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua salah satu sebab mengapa kita Liverpool semakin hari semakin tenggelam dalam persaingan kancah Liga yang semakin mencabar ini. Salah satu sebab mengapa Liverpool masih berada ditakuk lama adalah prestasi yang kurang memberansangkan di tampat lawan. Dan disini saya lampirkan sedikit bukti untuk menyokong hujah saya ini.
Rekod statistik away games


Dapat kita lihat sekatakat ini, kedudukan kita dalam carta perlawanan di away(tempat lawan) sememangnya amat memalukan dimana kita, boleh disamakan dengan kedudukan aston villa dan Wolves. Dimana hanya menang di tempat lawan sebanyak sekali. Dan saya rasa ini salah satu sebab mengapa prestasi Liverpool menjadi seperti YOYO.

Pada pendapat saya situasi ini amat membingbangkan kerana pada malam ini Liverpool akan bertandang ke Ewood Park menantang Blackburn dan pada hujung minggu ini pula akan menentang pasukan musuh tradisi Manchester United di Old Trafford untuk saingan FA cup.

Perbezaan antara Liverpool dengan pasukan gergasi lain hanyalah, The Red tidak mampu mengekalkan prestasi yang baik semasa bermain di gelanggang lawan. ini boleh dibuktikan apabila Manchester United hanya menang 2 kali di tempat lawan dan 7 seri tanpa kekalahan. Manakala pasukan yang paling konsisten bermain di tempat lawan adalah Arsenal dan Manchester City dengan 6 kemenangan.

Saya yakin dan pasti jika masalah away games ini dapat diatasi pastinya kita akan mampu bersaingan dalam Liga.

Rekod statistik home games


Dan disini juga saya lampirkan statistik rekod perlawanan home games untuk setakat ini, dimana kita berada di kedudukan ke 6 dengan enam kemenangan iaitu sebaris dengan Manchester City, Tottenham dan Chelsea.

Oleh itu pikirkan lah jika masalah ini tidak diatasi dengan secepat mungkin pastinya ini akan menjadi musim kedua yang amat hambar bagi kita penyokong Liverpool.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger