Match preview: Blackburn vs Liverpool


Perlawanan yang bakal berlansung di Ewood Park dan bakal dikendalikan oleh pengadil A. Marriner. Dengan keputusan sebelum ini semasa menentang Bolton, pastinya squad yang bakal diturunkan pada awal pagi ini pastinya mempunyai semangat yang kental untuk mendapat kemenangan berganda dimana pada petemuan di Anfield, Liverpool berjaya mendapat kemenangan 2-1 pada 24/10/10 yang lepas.

Dalam perlawanan ini, kita akan menyaksikan berkemungkinan kedua tonggak utama reds iaitu Gerrard dan Torres akan direhatkan demi mempersediakan bagi menghadapi Manchester United pada hujung minggu ini dalam kempen Piala FA. Manakala Raul Meireles juga tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan kecil pada perlawanan sebelum ini.

Dengan ketiadaan 3 pemain utama, sekali gus membolehkan pemain seperti joe cole, babel dan Ngog beraksi untuk menyumbang tenaga mereka untuk membolehkan Liverpool mendapat kemenangan dalam perlawanan awal pagi ini.

Sebagai penyokong pasukan ini, pastinya kita ingin melihat Reds mendapat kemenangan bagi mengukuhkan dan kepada rakan-rakan yang lain jangan lupa untuk bangun pada awal pagi ini untuk menyaksikan perlawanan ini.

Barisan jangkaan perlawanan:

Blackburn: Bunn, Nelsen, Samba, Givet, Olsson, Salgado, Pedersen, Linganzi, EH Diouf, Dunn, Benjani,

Liverpool: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Aurelio, , Cole, Lucas, Kuyt, Rodriguez, Babel, Ngog,
Sub; Kelly, Kyrgiakos, Konchesky, Poulsen, ,Gerrard, torres

Fakta sebelum sepak mula:

Rekod permainan lepas di Ewood Park:

12/05/09 Blackburn Rovers vs. Liverpool Blackburn vs. Liverpool 0 - 0
12/06/08 Blackburn Rovers vs. Liverpool Blackburn vs. Liverpool 1 - 3
11/03/07 Blackburn Rovers vs. Liverpool Blackburn vs. Liverpool 0 - 0
12/26/06 Blackburn Rovers vs. Liverpool Blackburn vs. Liverpool 1 - 0
04/16/06 Blackburn Rovers vs. Liverpool Blackburn vs. Liverpool 0 – 1

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger