Sejak kedatangan mu membawa kebencian, kesedihan dan kekalahan



Sejak kedatangan roy terlalu banyak mengundang kesedihan kepada seluruh penyokong Liverpool dan terlalu banyak rekod perlawanan di pecahkan contohnya semasa menentang Blackpool dan Wolves.

Kekalahan yang amat memalukan dan terlalu pahit untuk ditelan, secara jujurnya saya amat bersedih dengan kekalahan ini, tetapi jika dilihatkan kepada aspek yang lain pula berkemungkinan amat baik bagi squad Liverpool kalah pada awaktu ini untuk membolehkan pemilik Liverpool John Hnery bertindak untuk memecat Roy dan membawa prngurus baru untuk memimpin Liverpool. Dan berkemungkinan untuk sementara kenny dalglish berkemungkinan akan mengantikan tempat kosong untuk jawatan pengurus.

Memang sudah terang lagi bersuluh, Roy hodgson tidak layak untuk menjadi pengurus Liverpool dia boleh diibaratkan sebagai duri dalam daging kepada Liverpool atau boleh dikatakan sebagai pembawa kepada penurun prestasi pemain.

Dan lebih membingbangkan lagi adakah masih lagi mempunyai harapan untuk Liverpool dalam meniti perjalanan Liga Perdana dalam musim ini, kerana sejak kedatangan Roy pasukan kita sudah menjadi pasukan berlasahan dan pasukan yang mudah diperkotak-katik kan…. oleh pasukan lawan.....

Arggggghhhhhhhhhhh…. Tulis apa pun tak berguna lagi pecat je mamat Roy ini, x pun saya merayu kepada Roy hodgson tolong la pergi dari Liverpool sebelum kamu merosakkan rekod-rekod perlawanan untuk Liverpool. dan membawa lagi banyak kebencian dan kekalahan serta kesedihan untuk Liverpool.....

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger