MATCH Preview: Liverpool vs Fulham



Perlawanan pada awal pagi khamis ini, dan bakal berlangsung di stadium keramat Liverpool iaitu di Anfield. Dan pada perlawanan ini adalah perlawanan kali kedua yang disertai Kenny Daglish apabila dia kembali menjadi pengurus Liverpool semenjak mengantikan Roy. Dalam perlawanan ini akan menyaksikan pulangnya Kapten kesayangan kita Steven Gerrard daripada proses pengantungan tiga perlawanan akibat layangan kad merah daripada pengadil Howard Webb semasa perlawanan Piala Fa menentang Manchester United.


--kembalinya Gerrard memperkukuhkan serangan The Reds--

Perlawanan ini juga merupakan perlawanan kelima dibawah kendalian pengurus baru kita Kenny Daglish. Jika kemenangan dapat dikecapi pada perlawanan awal pagi ini, kita mampu mengejar kedudukan dalam tangga liga Perdana. Menurut sumber dari LFCTV mengatakan pada perlawanan ini, jika Fernando Torres berjaya menjaringkan dua gol pada pagi ini, dia dilaporkan akan menduki senarai penjaring sepanjang zaman untuk Liverpool. Dan diharapkan FT9 mampu merealisasikan dan memecahkan dominasi untuk dirinya dan Liverpool.

Dengan gandingan terbaru dan mantap antara raul meireles dan Torres ditambah pula dengan kehadiran Gerrard menjadikan, barisan serangan akan bertambah mantap. Diharapkan perlawanan ini akan menjadi kemenangan kedua Kenny Daglish untuk pasukan dan untuk semua penyokong yang tidak kenal erti jemu menyokong pasukan.






Barisan jangkaan

Liverpool kesebelasan utama: Reina; Kelly, Skrtel, Agger, Johnson; Kuyt, Lucas, Meireles, Maxi; Gerrard; Torres.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger