Babel " terima kasih untuk segalanya"



July 2007: Signing in at Anfield

Pada hari ini, maka termaktublah dimana pemain kebangsaan Belanda dan penyerang Liverpool Ryan Babel akan menyertai kelab dari liga German, TSG 1899 Hoffenheim. Disini saya selaku peminat Liverpool mengucapkan selamat tinggal Babel dan semoga pemergian anda ke sana akan dilengkapi dengan sejarah dan semoga mutu permainan anda akan semakin meningkat. Oleh itu disini saya, juga melampirkan serba sedikit sejarah pemain yang bernama Ryan Guno Babel dan kenangannya semasa di Liverpool.


debut gol pertama untuk Liverpool

Terima kasih untuk segalanya….

Mula menyertai Liverpool pada 13 Julai 2007, dibawa semasa era kendalian Rafa" Benítez dengan yuran perpindahan sekitar £ 11.5juta. Babel mula membuat sepakmula untuk Liverpool pada perlawanan persahabatan menentang Werder Bremen pada 17 julai .


--gaya kegemaranya semasa meraikan gol di Liverpool--

Debut pertamanya dalam liga perdana semasa menentang Aston Villa pada musim 2007-08 dan mula menjaringkan debut gol nya untuk The Reds pada tarikh 1 September 2007 semasa menentang Derby County, manakala debut pertamanya untuk kejohanan Liga Juara-juara pada perlawanan menentang Besiktas JK pada tarikh 6 November apabila dimasukkan sebagai pemain gantian untuk Liverpool


---goal tercantik dalam debut semasa di Liverpool---

Pada tarikh 6 Januari 2010, dilaporkan bahawa Liverpool menolak tawaran £ 8.000.000 dari Birmingham City untuk mendapatkan Babel. Dalam penglibatannya di Liverpool dia telah menjaringkan 12 gol dalam 92 penampilan dalam Liga Perdana. Dan pada 24 Januari Kenny Dalglish menegaskan bahawa Ryan akan meninggalkan Liverpool untuk menyertai pasukan TSG 1899 Hoffenheim yang bermain di Liga German.

Pada musim ini, babel mengalami sedikit masalah apabila dia telah dikenakan tindakan kerana membuat komen di Twitter miliknya untuk berkomunikasi dengan penyokong dan mempersendakan pengadil Howard Webb yang memberikan penalti kepada Manchester United pada perlawanan Piala FA dan didapati bersalah dan didenda sebanyak £ 10.000.

Akhir sekali pada mu Ryan Babel semoga sukses selalu dan kami penyokong The Reds akan sentiasa mengenang anda sebagai pemain yang pernah berbakti untuk Liverpool. "You'll Never Walk Alone"

----tribute untuk mu Babel---

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger