Match preview: Blackpool vs Liverpool


khamis 13 januari 2011

masa : 03.54-6 pagi

Pada awal pagi ini The Reds akan bertandang ke laman Bloomfield Road untuk menentang Blackpool yang telah menewaskan kita pada perlawanan yang lepas semasa beraksi di Anfield. Dengan dijangka kapten pasukan kita Steven Gerrard tidak akan beraksi dalam perlawanan ini kerana pada perlawanan yang lepas semasa menentang Manchester United, Gerrard telah dilayangkan kad merah dan kini dia sedang menjalani proses pengantungan sebanyak 3 perlawanan.

Semenatara itu, sebelum sepak mula, pengurus baru pasukan kita Kenny Dalglish, telah menyatakan amaran kepada pemain Liverpool agar kembali bangkit untuk mengelakkan daripada peristiwa pahit berulang kembali,kerana pada perlawanan lepas, Blackpool bermain dengan baik dan pada masa itu, mereka layak mendapatkan kemenangan yang lepas. Oleh itu, pada perlawanan malam ini, semua pemain harus berusaha untuk menghalang daripada perkara ini berulang kembali.

Sementara itu pula, menurut sumber dari ESPN star.com, menyatakan bahawa pada perlawanan ini berkemungkinan Paul Konchesky tidak akan diturunkan kerana sedang mengalami kecederaan.

Pada pendapat saya(penulis), diharapkan perlawanan ini akan menjadi titik tolak kepada The Reds untuk kembali bangkit dan menang . dan sekaligus menutup segala kenangan pahit yang pernah dilalui oleh kita semua penyokong dan semua pihak yang terlibat atas nama Liverpool.



Jangkaan pemain utama perlawanan:

Liverpool : Reina, Kelly, Agger, Skrtel, Aurelio, Lucas, Meireles, Kuyt, Rodriguez, Torres, Babel, Gulacsi, Kyrgiakos, Poulsen, Shelvey, Ngog, Jovanovic, Johnson, Cole, Konchesky.

Blackpool : Kingson, Eardley, Cathcart, Crainey, Evatt, Adam, Phillips, Vaughan, Varney, Taylor-Fletcher, Campbell, Sylvestre, Grandin, Euell, Southern, Ormerod, Edwards, Baptiste, Rachubka.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger