Liverpool bersedia untuk membuat tawaran untuk Suarez




Dengan semakin hari semakin mendekati tarikh tamat musim perpindahan Januari, Liverpool sedang giat mencari pemain untuk dibawa ke kem latihan Mellwood, bagi memperkukuhkan squad kendalian Kenny Dalglish.

Menurut sumber yang dinyatakan oleh Daily Mail,yang menyatakan bahawa kini Liverpool sedang berusaha untuk mendapatkan kesepakatan untuk mendapatkan permain penyerang berbisa dari kelab Ajax Amsterdam, Luis Suarez .

Dalam laporan itu juga, menyatakan harga yang dijangka diberikan oleh Ajax untuk membolehkan pemain kebangsaan Uruguay untuk meyertai The Reds adalah sekitar £ 28 juta, dan setelah dipertimbangkan dan dikira dari perlbagai aspek harga yang sesuai untuk pemain ini adalah sekitar £ 15juta untuk membolehkan kesepakatan anatara kedua kelab tercapai.

Disamping itu juga anatara kelab yang juga dispekulasikan berminat untuk mendapatkan pemain ini adalah Tottenham, namun bergitu dilaporkan bahawa kini Spurs telah hilang minat untuk mendapatkan pemain ini kerana, mereka merasakan cara dan corak permainan pemain ini tidak bersesuaian dengan corak permainan kelab yang dikendalikan oleh Harry Redknapp ini.


Turut tersenarai juga dalam senarai perbelanjaan untuk musim januari ini, adalah permain muda berbakat England yang kini bermain untuk pasukan kebangsaan England bawah 18 tahun. Dan pemain ini adalah Alex Oxlade-Chamberlain yang kini bermain di Southampton. Dikatakan juga kini Manchester United juga sedang mempertimbangkan untuk mendapat pemain muda berumur 17 tahun ini dengan harga sekitar £ 5juta.




comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger