Komen mereka yang menyokong dan meragui Kenny Dalglish From Rembat Kosmo




Seperti biasa lah banyak komen akan di keluarkan pelanggan tetap group Rembat kosmo apabila hari semakin mendekati hari sabtu, hal ini adalah kerana dalam sisipan hari sabtu rembat kosmo pada hari sabtu, setiap komen yang berasas dan boleh dianggap bernas akan dikeluarkan dalam akhbar. Dan kali ini tajuk pilihan yang dipilih adalah “Mampukah King Kenny bawa transformasi kepada Liverpool?”

Bagaimana hendak dimulakan mukadimah untuk entri kali ini, disini tujuan sebenar saya menulis entri ini bukannya saya hendak meragui kemampuan Dalglish sebagai pengurus Liverpool. Cuma sebagai apa yang ingin saya tergaskan disini adalah untuk menyatakan sedikit perasaan yang tidak puas hati dan sedikit marah. Kerana sebagai penyokong Liverpool saya tidak mahu menyatakan perasaan tidak puas hati secara meluru-luru contohnya mengeluarkan kata-kata yang agak kurang sedap didengar. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menyatakan pandangan saya di entri ini.
Terlebih dahulu saya lampirkan komen pada mereka yang menyokong: thanks to you all

Romario Fifa Adidas
yes of course...this season....he will guide Liverpool into the Champions League and win the UEFA Europa League...and next season they will target all trophies...including the Sixth European Cup... and of course Everton at Anfield on Sunday...again :)

Apek Gunners
liverpool sememangnya mahukan perubahan pada pasukan setelah roy hodgson gagal menaikkan liverpool ke kelompok pasukan elit musim ini.. kenny dalglish antara nama lagenda yg pernah mengukir nama di liverpool sebagai pemain dan pegurus... secara am nya agak sukar potensi bagi liverpool menaikkan kembali reputasi sebagai pasukan elit england mahupun eropah pada musim ini.. tetapi ini juga terjadi kepada harry redknap yg berjaya membimbing totenham hotspurs daripada terjerumus ke divisyen bawah.. dalam erti kata lain kenny dalglish mampu membawa semula zaman kegemilangan liverpool pada masa akan datang.. walaupun dianggarkan tiada 1 piala musim ini, cukup setakat kelompok 10 terbaik sudah memadai....

Badz Dragneel
walaupun saye nie peminat Man Utd tapi saye rasa Kenny mampu membuat perubahan di Anfield cume dia perlukan masa tuk melakukan semuanya. Seperti membeli pemain penyerang sesuai bergandingan dengan torres dan pemain pertahanan yang lebih mantap

Asraf Azmi
saya yakin pasukan liverpool akan menjadi satu KUASA BESAR suatu hari nnti. tetapi ia perlukan jangka masa yang lama kerana ROY HODGSON telah melakukan SATU KESILAPAN BESAR kerana membeli terlalu RAMAI PEMAIN BARU . dan ini menyebabkan KURANGNYA PERSEFAHAMAN di antara pemain satu sama lain. dan KING KENNY PERLU BIJAK melakukan perubahan TAKTIKAL untuk menjadikan LIVERPOOL menjadi THE BIG FOUR dalam saingan EPL .


Mohd Muzri
Mampu tapi memerlukan masa sekurang kurangnya 2 tahun. Untuk saingan musim ini adalah lebih baik meneliti prestasi pemain muda untuk diserap sebagai pelapis pada masa akan datang dan mengelakkan kekalahan yang tidak sepatutnya kepada kelab kelab kurang ternama dan memperbaiki kedudukan lantas kembali bersaing di kelompok 4 atau 5 terbaik liga. Sesiapa sahaja perlukan masa walaupun mereka dianggap terbaik dunia sekalipun.

Mat Sapiq Sidiq Ahmad
mampu ttapi king kenny perlukan masa.......
dia perlukan lebih sokongan dari pemilik kelab dari segi kewangan terutamanya utk mmbeli player2 baru......kalau dlam masa terdekat nie gua rasa xmmpu....cntoh the kops da kalah 2 kali dibawah pngurusan king kenny...tewas o-1 pd m.united n kalah plak ngan klab bwu msuk epl 1-2 blackpool.....pada pminat the kops.....tunggu jelaaaa..............wawawawa

Fhame Senyor Sharp
mampu sebabnya mudah ...kerana seperti yang telah diketahui ...beliau telah membawa liverpool menjuarai nya pada tahun 1990...dan membawa blackburn n celtic bergelar juara liga.tahun ni harapan hanya mengelak untuk disingkirkan dari liga kejuaraan tapi tahun hadapan, pastinya liverpool akan kembali dihormati...apa yg berlaku kini adalah hasil perancangan salah membawa masuk tom hick n george gillet. merekalah yang menghancurkan segala-galanya di anfield ini.untuk tahun ini, king kenny hanya memerlukan pembelian 4 pemain di posisi bek kiri,pemain tengah bertahan,pertahanan tengah dan penyerang kedua dibelakang Torres. sangat mudah perkiraan.cuma jangan membeli pemain terlalu lewat

Darthvadai Singam
Liverpool Football Club a club based on traditions, history and spirit was always feared they did not get to the number of titles as they did without something to back it up, but they have lost their was. KK need to instill discipline, self belief, depth and so much more, survie in the League this year. He comes with an aura of belief weather he can transfer that into a workable situation remains to be seen, 2 decades of no football lots have changed still then. He had the Kop end in his heart so he is not gonna just walk away and ruin his reputation

Muhamad Hafiz
Tiada yang mustahil dalam bolasepak. Rekod Kenny Daglish sebagai pemain dan pengurus mampu memberi impak kepada Liverpool. Selain status lagenda sebagai pemain, beliau sebenarnya pernah membimbing Liverpool memenangi 2 kejuaraan iaitu liga dan Piala FA pada musim 1985-1986 sebagai pemain merangkap pengurus. Selain itu beliau juga pernah memenagi Kejuaraan Liga Scotland bersama Celtic dan membantu Balckburn Rovers mencipta keajaiban memenangi liga pada 1995. Beliau juga pengurus yang berjaya menaikkan nama Alan Shearer, Chris Sutton dan Tim Flower ketika itu. Mungkin beliaulah ubat sebenar yang diperlukan Liverpool ketika ini. Belliau diharapkan membetulkan beberapa masalah yang dihadapi Liverpool seperti masalah keyakinan yang melanda para pemain. Nama-nama besar seperti Gerrard dan Torres gagal menyerlah secara konsisten dan mungkin beliau mampu memberi aura kehebatan kepada mereka untuk kembali menjadi nadi kehebatan pasukan. Ditambah pula krisis kecederaan yang melanda pemain baru-baru ini seperti Joe Cole dan Carragher. Inilah masalah yang perlu dihadapi Daglish selain ruang kosong yang perlu diisi bagi menggantikan Xavi Alonso dan Javier Mascherano. Posisi tengah ini amat penting dalam menjadi asas sokongan bagi Gerrard lebih bebas bergerak dan membuka ruang untuk Torres. Beliau perlu bertindak cepat untuk menutup kelemahan posisi di sini. Masalah beliau sekarang adakah beliau akan mendapat sokongan kewangan untuk mendapatkan pemain yang diidamkan itu dalam masa terdekat? Perlu diingat, Liverpool juga mengalami masalah kewangan dan hutang yang meruncing. Diharapkan pihak pengurusan dan penyokong Liverpool mampu memberi ruang nafas secekupnya untuk beliau membuat revolusi kebangkitan "The Reds". Jangan beliau dijadikan kambing hitam seperti Roy Hodgson kerana keputusan yang mengecewakan dalam masa yang singkat sambil tidak mengenepikan faktor masalah dalaman yang dihadapi beliau. Masa perlu diberi untuk menghasilkan impak yang dikehendaki. Perlu diingat "Rom tidak dibina dalam masa sehari"!!!

Rokok Daun
Perkara pertma yang perlu difikirkan oleh kenny adalah formula terbaik untuk membentuk barisan tengah yang boleh berkomunikasi dengan bahagian serangan. Untuk pertahanan saya nampak tiada apa masalah. Penyudah dan kawalan bola di atas ada semacam tidak menentu. Dengan barisan bintang dan ramai pemain berpengalaman, seharusnya mereka menjadi pesaing terdekat untuk merebut kejohanan liga.

Alessandro Azirul Ismail
Walaupun saya adalah peminat King Kenny sewaktu beliau membawa Blackburn Rovers menjuarai EPL namun sejujurnya saya merasakan transformasi bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh beliau.Liverpool sudah terlalu jauh untuk layak ke Liga Juara dan ini pastinya membuatkan Torres dan Reina berkira-kira untuk untuk mencari pasukan yang lebih baik demi menunjukkan kualiti sebenar mereka. Mereka berdua sudah banyak bersabar dan Stevie G juga dilihat menjadi buruan kelab-kelab utama dunia.Janji manis yang sudah banyak ditabur pengurusan The Reds pada 3 orang tulang belakang ini pastinya tidak bermakna lagi. Justeru tanpa mereka maka King Kenny akan menjadi satu lagi episod kegagalan. Transformasi yang akan berlaku terhadap Liverpool hanyalah dari kelab EPL menjadi kelab Championship."You'll Never Walk Alone"....
sye mrasakan yg king kenny bakal mnghadapi kesukaran dalam menstabilkan kmbali liverpool kembali ke era yang disegani satu ketika dahulu. ini kerana livepool kini dalam krisis kekurangan keyakinan diri pada setiap pemain mereka ketika ini..moral player amat teruk walaupun mereka membeli player yang baik sprti raul meireles dan joe cole..tekanan daripada board of directors yang mahukan kejayaan dalam masa yang cepat & singkat juga bakal menyebabkan kenny daglish merasa tertekan dalam melaksanakan tugas beliau dalam memberi keyakinan dann keputusan yang baik kepada kelab..

untuk melakukan satu transformasi yang berjaya dalam satu kelab..kepercayaan ataupun faith daripada board of director kpd pengurus amat pnting..ini kerana dengan kepercayaan yang dimiliki..pengurus merasa less pressure to deliver the winning result..dengan cara menumpukan 100% kpd persiapan pasukan dalam satu perlawanan..borad of directors di masa kini harus mencontohi man utd dan arsenal yang meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada sir alex ferguson dan arsene wenger dalam memberi kejayaan kpd kelab..bayangkan sir alex ferguson mengambil masa 5 tahun untuk menghadiahkan kejuaraan pertama kepada kelab.iaitu FA CUP 1990..bayangkan jika arsene wenger kini menjadi jurulatih liverpool..pastinya dia sudah dipecat jika gagal menghadiahkan trofi pada satu musim..board of director harus bersabar dan memberi masa yang cukup untuk pengurus untuk mencipta satu pasukan yang kuat sebelum mampu memenangi kejuaraan..

satu pasukan, lebih2 lagi pasukan yang melakukan major transformation sperti liverpool ini memerlukan masa yang panjang sebelum mampu memenangi apa-apa trofi..ketiadaan xabi alonso dan javier mascherano sebagai key player di kesebelasan utama telah merencatkan game play pasukan..dan roy hodgson memerlukan masa untuk mengeluarkan yang terbaik daripada meireles dan poulsen dan 6 months adalah masa yang pendek dan tidak cukup untuk melatih mereka bermain dengan sistem permainan yang diingini oleh pengurus..

king kenny adalah lagenda dan ikon liverpool..pemain yang hebat dan pernah mengecapi kejayaan sebagai pengurus. peminat kerapkali melaungkan namanya di setiap home game bagi menggantikan roy hodgson yang dilihat gagal memberikan keputusan yang memberangsangkan..kini apa yang peminat mahukan telah diberikan oleh board of director..kini mereka perlu bersabar dan memberi kepercayaan kepada kenny daglish..dia boleh melakukan transformasi dan kejuaraan kepada liverpool tapi dengan syarat meletakkan faith yang tinggi serta memberi masa untuknya bekerja..players telah bermain dan berlatih dengan sistem roy hodgson dan untuk bermain dalam game play yang baru yang diilhamkan king kenny akan mengambil masa sebelum ia benar2 memberi keputusan yang positif..jika dia gagal memberikan kejayaan seperti layak ke champions league di hujung season ini..jgnlah dia dipecat tetapi beri masa untuk king kenny memperbaiki pasukan itu..kerana king kenny hadir ke pasukan liverpool dlm situasi pasukan yang tidak terurus dari segi mental pemain2 mereka..tewas 2 kali di tangan man utd dan blackpool baru2 ini tidak harus dilihat sebagai kelemahan king kenny yang sudah lama tidak melatih sesebuah pasukan..namun harus dilihat sebagai area2 kelemahan yang perlu diatasi satu persatu oleh kenny daglish..



Asyraf Zawawi
Secara realistiknya mampukah Liverpool terlalu berharap kepada King Kenny untuk membawa perubahan yang mendadak setelah pasukan ini dilihat begitu terumbang-ambing dan terlalu ketara kejatuhan pasukan ini pada musim 2010-2011 dan dengan pemain-pemain yang dilihat begitu cetek dari segi mental dan fizikal terutamanya dalam menghadapi kekalahan yang berulang kali saya merasakan pasukan ini tidak akan mampu bangkit pada baki saingan yang tinggal tetapi itu tidak bermakna Liverpool akan terus merudum ke saingan divisyen bawahan kerana Liverpool sekurang-kurangnya mampu untuk terus mengekalkan diri dalam saingan liga utama sekiranya pemain-pemain berjaya menunjukkan konsenterasi dan komitmen yang tinggi dalam setiap perlawanan. Kesimpulannya, pasukan Liverpool perlu merancang perancangan baru dalam membentuk pasukan yang hebat sebelum bermulanya sepak mula untuk musim 2011-2012.


Fernando Fuyo
Hmm,rasanya Liverpool perlu contohi skuad Malaysia.. kerana pada generasi dahulu,(zaman Mokhtar Dahari) Malaysia merupakan 1 pasukan yg hebat & digeruni...Namun,setelah beralih ke generasi baru,(selepas zaman Mokhtar Dahari) Malaysia sudah tidak mampu sehebat generasi lama... Sering bertukar jurulatih,tapi hasilnya – KURENG mantOp.. Dan,...apabila K.Rajagobal dilantik menjadi jurulatih yg seterusnya..barulah ada hasil (yg terbaik dari ladang) dengan melatih pemain-pemain muda.. & saya percaya,suatu hari nanti nasib Liverpool akan sama seperti nasib skuad Malaysia cuma perlu tunggu & lihat serta Waullahhua’laam... Manakala MU pula tidak akan selamanya hebat kerana Sir Alex Ferguson pun bukan makin muda & bukannya makin sihat..jadi,masihkah MU dapat kekalkan kehebatan mereka apabila MU dibimbing oleh pengurus baru manggantikan Sir Alex Ferguson suatu hari nanti,jawapannya..tunggu & lihat serta Waullahhua’laam...
~Peace No War n No Devilz 4eva~
Yang tidak menyokong malah memberikan komen yang menyakitkan hati Komen yang dinyatakan sungguh tidak bermoral dan seolah-oleh mencari jalan untuk bergaduh





Alexander Faiz
xmgkn.....liverpool perlukn sekurang2nye 3thn utk bersaing semula dlm EPL...spt Man United semase Alex Ferguson jd pengurus...3thn lps 2 br Man United mnjdi Kelompok 4 Budak Besar..




Alexander Faiz
nmun perlu di igtkn....walau shbt mne sjrh Liverpool, masih xmmpu menandingi rekod yg dpegang oleh Sir Alex Ferguson...memegang kelab yg pd aslnye xley menang...tp brbh menjadi kelab PALING KAYA DI DUNIA....mmpukah King Kenny melakukan begitu?? adakah King Kenny mempunyai kuasa utk membeli sbrg pemain spt Sir Alex??



Mat Sapiq Sidiq Ahmad
hidup MU.........

Epyy Hurley
tak tau nk cakap macam mana.. kalah dengan blackpool sedangkan dah leading 1 gol..
tp memang betul la, bila xabi alonso, arbeloa (ke Real Madrid), javier mascherano (ke Barcelona) Yossi Benayoun (ke Chealsea), Liverpool terus tak menjadi. Christian Poulsen rasanya tidak begitu sesuai dengan corak permainan Liverpool. sama juga dengan Meireles. tapi sekarang, adalah sesuai untuk bagi masa kepada Kenny untuk memperkenalkan pemain muda pula. pemain di bahagian pertahanan, Martin Kelly begitu ampuh mengawal kawasan pertahanannya.
Mohd Alif Daniel
tu zaman bile kwn
hua3..
gak3 la..
time tu man united x power lg leh la ckp mcm tu

Muhammad Arefix Huhu
hahaha.... mntang2 la diorg dh tkar team arak ke perbankan...
snang2 ja ko nk ktuk team kami ekkk....
stkat mng 5 kali yg dlu pnya bt pa....
la ni, piala pa depa amik???
stu pon tarak... huhuhuhu

Mohd Alif Daniel
hua3..
sudah panas
dr kecik mmg anti ngan liverpool
ota jew besar habuk tarak

Mohd Alif Daniel
defender bagus?.
hua3..
ngan blackpool pe cite?.

semoga kepada kawan yang jangan lah jadi begini

comment 2 comments:

Tengku Sidek on January 14, 2011 at 11:15 AM said...

The problem had been drag for so long.Liverpool failed to find a replacement on departure of Xabi Alonso, mascherano, riise and arbeloa of course.Plus players bring in seem just not good enough..Poulsen, Jovanovic, Konchesky..Liverpool should do better on the first place..

gary on January 14, 2011 at 12:41 PM said...

siapa sini yg tak faham maksud interim sila angkat tangan!

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger