Entri Khas: Senarai Pemenang Anugerah (FIFA Ballon d'Or)

The "Ballon d'Or", pada awal penubuhan anugerah ini digunakan istilah Anugerah pemain terbaik Eropah tahunan. Pada permulaan anugerah ini ditubuhkan, adalah disusun oleh pengarah majalah France Football' iaitu Gabriel Hanot. Bermula pada tahun 1956, beliau telah meminta rakan-rakannya untuk memilih pemain terbaik eropah. Dan pada tahun tersebut pemenang pertama adalah Stanley Matthews yang bermain di Kelab Blackpool

Dan pada tahun berikutnya, berlaku sedikit masalah dimana pemain yang bukan bermain di kelab eropah tidak tersenarai,seperti Diego Maradona dan Pele tidak tersenarai. Pada tahun 1995 berlaku perubahan dan pindaan mengenai prinsip untuk pemilihan pemain untuk anugerah ini, dan membolehkan pemain yang bukan berasal dari eropah terpilih jika pemain tersebut bermain di Kelab eropah. Pemain pertama yang bukan berasal dari eropah yang menang anugerah ini adalah Milan's George Weah yang pada ketika itu bermain di Ac Milan.

Selepas itu berlaku peningkatan dalam lembaga pemilihan iaitu penambahan sebanyak 96 wartawan dari seluruh dunia ditugaskan untuk memilih pemain yang benar berkelayakkan untuk anugerah ini.

Antara pemain yang pernah menang anugerah ini sebnyak tiga kali adalah Johan Cruyff, Michel Platini, dan Marco van Basten. Michel Platini adalah satu-satunya pemain yang menang anugerah ini secara berturut-turut iaitu pada 1983-1985. Ronaldo juga pernah menjadi pemain pertama kelahiran Brazil yang memenangi anugerah pada tahun 1997.

Manakala bermula pada tahun Ballon d'Or dan FIFA World Player of the Year telah digabungkan. Pemain dunia terbaik akan dianugerahkan Ballon d'Or FIFA setiap tahun. Sejak konsep ini ditambah Lionel Messi dan Marta dipilih menjadi pemenang untuk anugerah ini.
Dan sekarang konsep yang dipegang dan diamalkan adalah Anugerah FIFA Ballon d'Or ini diberikan kepada pemain yang mempamerkan aksi terbaik sepanjang tahun dan pilih melalui undian. Undian akan di lakukan oleh semua jurulatih dan ketua pasukan setiap pasukan kebangsaan yang bernaung di bawah FIFA.

Dan kali ini saya akan menyenaraikan pemenang untuk anugerah Berprestasi tinggi ini. Dan Acara ini berlangsung di Rumah Kongres FIFA bertempat di Zurich.


FIFA Fifpro World XI 2010






FIFA Men’s World Player of the Year

Pemenang: Lionel Messi



Keputusan undian

Lionel Messi - 22.65%
Andrés Iniesta - 17.36%
Xavi Hernandes - 16.48%



FIFA Women’s World Player of the Year

pemenang: Marta





FIFA World Coach of the Year for Men’s Football

Pemenang : Jose Mourinho


Keputusan undian

Jose Mourinho - 35.92%
Vicente del Bosque - 33.08%
Pep Guardiola - 8.45%


FIFA World Coach of the Year for Women’s Football

Pemenang: Silvia Neid




FIFA Puskas Award

FIFA Puskas Award pula diberikan kepada penjaring gol tercantik sepnjang tahun. Sebanyak 10 jaringan yang tercantik telah dipilih dan jaringan tercantik boleh diundi oleh orang ramai melalui laman web rasmi FIFA, iaitu FIFA.com. Nama Puskas diambil dari nama lagenda penyerang Hungary dan Real Madrid iaitu Ferenc Puskas.

Pemenang : Hamit Altintop



Altintop telah berjaya memenangi anugerah ini melalui satu jaringan jantiknya yang dilakukan semasa beliau beraksi dengan negaranya, Turki.

Gol-gol yang tercalon semuanya hebat-hebat semua, termasuk seorang wanita tercalon dalam pencalonan ini, iaitu Kumi Yokoyama dari Jepun




comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger