Liverpool buat tawaran rasmi untuk Luis Suarez


Menurut sumber daripada Daily Mirror berkemungkinan berita ini akan menjadi yang amat mengembirakan seluruh pemain dan terutama penyokong Liverpool yang tidak berhenti-henti menyokong kelab. Hal ini adalah kerana menurut sumber dari akbar terkenal ini menyatakan bahawa kini Liverpool sedang dalam proses untuk membuat tawar-menawar untuk mendapat pemain bintang dari Ajax iaitu Luis Suarez.

Daripada laporan tersebut menyatakan, berkemungkinan proses perpindahan bertaraf tinggi ini akan berlansung selewatnya sebelum jendela perpindahan tamat hujung bulan ini. Dijangka harga yang bakal dicapai oleh kedua pasukan adalah sekitar £ 23 juta untuk membolahkan pemain kebangsaan Uruguay ini beraksi untuk Liverpool.

Untuk pengetahuan semua, setakat ini rekod jaringan yang telah dilakukan oleh pemain ini adalah 81 gol dalam 108 perlawanan untuk Ajax. Pastinya kehadirannya dalam squad pimpinan Kenny Daglish akan membantu dalam memastikan ketajaman penyerang untuk Reds, dengan bantuan Torres akan membuat gandingan mereka ini mampu menyeramkan barisan pertahanan lawan.

Pada pendapat saya (penulis) jika benar perkara ini berlaku pastinya akan memberikan seribu keertian kepada kita semua penyokong The Reds dan utamanya akan menaikkan semangat pemain-pemain di bawah Daglish.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger