Pengumuman rasmi : Sayonara Ryan Babel


---Selamat maju jaya Babel terima kasih untuk segalanya---

Berita ini telah disahkan oleh laman web rasmi Liverpoolfc.tv yang menyatakan kini perjanjian antara kedua kelab, iaitu The Reds teleh bersetuju untuk menjual Ryan Babel kepada kelab yang berpengkalan di Bundesliga iaitu kelab Hoffenheim dan yuran perpindahan adalah sekitar € 7 Juta.

Setelah kata sepakat ini dicapai, ini sekaligus mengukuhkan spekulasi dimana Liverpool pasti akan mendapatkan pemain baru untuk diserap kedalam squad yang sedia ada.antara spekulasi yang kini sedang bertiup kencang, adalah Luis Suarez pemain yang sedang bermain di kelab Belanda Ajax.


---Tread mark yang selalu di pertujukan oleh Babel (kita pasti akan merinduinya)---

Bila disebut mengenai kelab ajax. Kita pastinya akan ingat dimana berasalnya Babel. Untuk tambahan anda semua Ryan Babel adalah pemain yang dibentuk di bawah kendalian kelab belanda ini. Sebelum menyertai The reds pada tahun 2007. Babel bermain di ajax. Sepanjang penglibatan pemain kebangsaan Belanda di Ajax dia telah menjaringkan 14 gol dalam 73 penampilan.

Manakala di Liverpool pula Ryan Babel, telah menjaringan 12 gol dalam 91 penampilan di Liga Perdana. Dengan berita ini, sekaligus kami semua penyokong Liverpool di malaysia selamat maju jaya kepada Babel dan semoga perjalanan kerjaya bola sepaknya di kelab barunya akan menjadi sukses dan semoga banyak lagi gol akan dihasilkan di kelab barunya. Sekian. YNWA Ryan Babel.


khas untuk mu Babel... YNWA


comment 2 comments:

RABUN on January 19, 2011 at 5:03 AM said...

hehe jgn risau, tiap saat tiap minit bleh diikuti ditwiternya heheheh

Tengku Firmino on January 19, 2011 at 1:40 PM said...

expectational talent..just unlucky..Still 24.for me he's still young and have much time to repair the 'damage'.Good luck to you ryan.. YNWA..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger