FIFA tolak perpindahan Konchesky



Menurut sumber yang dilaporkan oleh ESPNstar.com . Kini kita sebagai peminat Liverpool akan terpaksa melihat kelibat Konchesky sehingga penghujung musim ini setelah FIFA menyekat perpindah pemain ini ke West Ham.

Hal ini adalah kerana, pemain ini baru sahaja menyertai Liverpool pada awal musim ini, iaitu pada 31 August 2010 dengan 4 tahun kontrak daripada Fulham.

Dikatakan kini West Ham bersedia untuk mendapatkan kelibat pemain ini melalui pinjaman untuk bermain di pasukan yang dikenali sebagai The Hammers. Salah satu sebab mengapa perpindahan secara pinjaman ini ditolak oleh FIFA adalah kerana seseorang pemain tidak boleh bermain di tiga kelab dalam musim yang sama.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger