Roy runsing berkenaan hal Gerrard dan Torres



Roy Hodgson mengakui Fernando Torres dan Steven Gerrard harus diurus dengan baik dalam bulan januari ini, hal ini adalah kerana sekiranya Liverpool berjaya melepasi perlawanan piala FA dengan Manchester United pada hujung minggu ini, kita Liverpool akan mengharungi perlawanan yang padat dengan perlawanan iaitu sebanyak 9 perlawanan termasuk perlawanan bagi kempen Liga Perdana.

Tambah Roy lagi....

“Pada perlawanan yang lepas semasa menentang Bolton, saya membuat keputusan untuk merehatkan Gerrard, namun disebabkan atas sebab kecederaan yang melanda Raul Meireles, kami terpaksa menggunakannya”

“Hal ini adalah amat penting kerana sebelum ini gerrard sudah mengalami kecederaan dan baru sahaja pulih daripada kecederaan manakala Torres pula sebelum ini mempunyai kecederaan lutut yang sangat serius, oleh itu adalah sangat penting dimana kami pihak pengurusan squad merancang tempoh masa permainan untuk kedua pemain ini”

Pada pendapat saya (penulis) memang benar apa yang diperkatakan oleh Roy Hodgson ini, kerana tanpa kedua tonggak reds ini, nescaya Liverpool akan turun dengan tempang untuk melalui perlawanan dengan jadual yang padat pada bulan ini.

Disamping itu juga disebabkan sebelum ini perlawanan menentang Fulham dan Blackpool juga telah ditangguhkan disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Daripada keadaan ini juga telah menyebabkan perlawanan dengan kedua pasukan tersebut telah dibawa ke hadapan iaitu pada 12 dan 26 januari ini.

Jika kedua pemain tonggak ini diturunkan pada setiap perlawanan dijangka mereka berdua akan terdedah kepada kecederaan dan ini berlaku pastinya memberikan impak negetif kepada pasukan.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger