Ahlan Wa Sahlan untuk tahun 2011(first entri dalam 2011)



Terlebih dahulu selamat tahun baru kepada anda penyokong Liverpool. Dalam tidak sedar sudah hampir enam bulan saya sudah menulis di Blog ini, pada mulanya saya menulis hanya sekadar untuk suka-suka dan untuk mengisi masa lapang. Kini semakin lama, saya rasakan semakin seronok dan bersemangat untuk menulis di blog ini. Entah la seoleh-olah kalau tak menulis dalam sehari rasa macam ada yang tak kena. Dan harap rakan yang lain terus menyokong blog ini dan selagi mampu dan mempunyai masa yang berkesempatan pasti saya akan menulis untuk menghebahkan berita mengenai Liverpool kepada rakan. Dan sila lah baca pengenalan iaitu Entri pertama untuk 2011 ini… hope you all enjoy dengan entri ini…….

Tahun baru menjelma lagi. Dan seperti biasa, pada kebiasaan datangnya tahun baru maka lembaran baru dan hajat baru juga dipasang atau diniatkan untuk memastikan tahun baru ini yang bakal ditempuhi ini akan terus sukses dan bermakna.

Dan dalam konteks sepanjang masa 2010 ini, kita sebagai penyokong Liverpool yang tidak pernah jemu untuk menyokong pasukan kesayangan kita ini dan tidak luntur walau sedikit pun sejak dari dahulu sehingga sekarang, pada tahun lepas iaitu tahun 2010 memperlihatkan banyak berlaku perubahan dan banyak berlaku kenangan pahit dan manis kita lalui sebagai peminat Liverpool. Dan rasanya tidak salah saya kata kan pada tahun lepas segala kenangan yang tercoret dalam kamus Liverpoolfc adalah sebahagian besar dipenuhi dengan onak berduri dan banyak sekali kenangan pahit yang kita semua lalui.

Sebagai contoh pada musim yang lepas menyaksikan The Reds terpaksa menamatkan saingan liga musim 2009/2010 di tempat ketujuh dan sekaligus membuatkan Liverpool tidak layak ke pusingan Liga Juara-Juara pada musim ini. Dan juga selepas itu kita juga dilanda krisis kewangan yang sangat meruncing dan akhirnya ditamatkan dengan pemergian Tom Hicks and George Gillett dan digantikan kepada John Henry. Selepas itu juga menyaksikan pada musim ini, kita juga dilanda krisis untuk prestasi pasukan yang boleh diibaratkan seperti YOYO, sentiasa tidak konsisiten dalam permainan terutamanya di peringkat Liga Perdana.

Semua itu sudah berlalu dan boleh dijadikan sejarah dan semua itu patut dijadikan sebagai sempadan agar Liverpool tidak akan mengulangi segala kenangan pahit itu. Dan kini tahun 2011 sudah menjelma dan kita patut membuka lembaran baru, selaku peminat Liverpool yang bergitu kukuh dalam hati ini, saya ingin menyatakan Azam tahun baru saya sebagai penyokong Liverpool, adalah untuk melihat Liverpool akan kembali konsisiten dan terus berjaya dan kembali menakluki jajahan sebagai pasukan terbaik Eropah dan pada pendapat saya permulaan ini patut dilakukan oleh pemilik Liverpool iaitu NESV adalah mencari pengurus Liverpool yang baru untuk membawa kembali senyuman kepada seluruh peminat Liverpool, kerana pada tahun lepas adalah amat pedih untuk dikenang.

Sekian YNWA dari saya penulis blog ini….

Darion Daron

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger