kedudukan Roy bagai telur dihujung tanduk


menurut sumber yang boleh dipercayai iaitu espnstar.com melaporkan kini, kedudukan Roy Hodgson sebagai pengurus Liverpool kini semakin goyah dan tidak stabil dan juga hubungannya dengan peminat juga semakin hari tampak semakin menruncing setelah dilaporakan dia telah memburukkan sikap peminat reds dengan mengunakan akbar sebagai medium menyatakan ketidakpuasan hatinya.

Menurut laporan ini juga, pemilik liverpool kini semakin hari semakin berang dengan prestasi yang lemah longlai yang diperlihatkan oleh Liverpool sejak kemasukan mereka mentakbir Liverpool bermula 15 oktober lepas.

Individu yang paling berpengaruh di Liverpool John L Henry dan Tom Werner difahamkan kini semakin tidak boleh menerima apa yang diperlihatkan oleh reds dan kali tarakhir dimana menyaksikan The Reds tewas mengejut dengan Wolves.

Juga menyatakan sokongnya mereka supaya Hodgson dipecat adalah pengunjung web terkenal Liverpool website The Empire of the Kop. Dalam undian yang dijalankan menunjukkan bahawa sebanyak 95.5% bersetuju bahawa pengurus Liverpool itu dipecat.

Bagi pendapat saya(penulis) memang patut Roy dipecat kerana sudah terlalu banyak peluang diberikan kepadanya untuk menutup kesalahannya semasa membimbing Liverpool. bukan saya ini seorang peminat yang tidak boleh menerima kekalahan, tetapi sudah terlalu banyak kekalahan yang tidak boleh diterima sejak kendalian beliau. Dan juga disini bukannya saya nak katakan bahawa beliau tidak bagus Cuma beliau individu yang bernama Roy Hodgson tidak mampu memikul tangungjawab pengurus kepada pasukan yang terlalu banyak sejarah ini. Sekian YNWA

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger