Secebis coretan kepada Roy Hodgson


Kalau nak dikatakan marah, memang patut pun marah, bila tengok permainan malam tadi seolah-oleh Liverpool bermain dengan corak dan kawalan padang yang sungguh memalukan.Kalau ditanyakan dimana silapnya, saya dengan tanpa segan dan silu mengatakan bahawa roy adalah sebabnya mengapa pada musim ini, kita Liverpool menjadi kacar-kacir.

Kalau NESV sayang kan duit mereka yang telah mereka dilaburkan sebanyak 300juta Pound masa mengambil alih Liverpool pada 15 oktober lepas, pihak pengurusan Liverpool dan NESV perlu sack manusia yang bernama Roy Hodgson ini. Saya mintak maaf lah kepada meraka yang menyokong pak cik Roy ini, tetapi kali ini melihatkan pada corak permainan Liverpool pada malam ini, saya dah tidak boleh tahan dengan sandiwara yang diperlihatkan oleh roy ini.

Kalau lah pihak pengurusan NESV dan pengurusan Liverpool, membaca artikel ini, tolong lah pertimbangkan cadangan saya ini, supaya pecat je Roy ini, sebelum luka semakin lama semakin parah. Ibaratkan kanser yang semakin hari semakin merebak ke seluruh badan.

Dan buat penyokong dan rakan-rakan sekalian. Diharapkan anda semua masih menyokong Liverpool dan saya pasti untuk tahun baru yang akan menjelang ini. Pastinya ingauan mimpi ngeri kita akan berakhir apabila Roy Hodgson dipecat kelak.

Sebelum saya undurkan diri ingin saya sampaikan kata-kata ini kepada Roy…..

You'll Never Walk Alone pegangan kami,
Steven Gerrard pula pujaan kami,
Wahai Hodgson boleh tak tolong kami,

Cepat dikau berabus dari muka kami



PS: januari ini tak beli pemain pun tak per....'
janji pecat je Roy pun dah ok......

comment 3 comments:

sale_ehs gerrard on December 30, 2010 at 7:23 AM said...

Entahlah. sudah terlalu lama aku bersabar. semakin tebal sabar aku, terasa pula seperti aku diperbodohkan oleh kebangangan Roy ini. Bila dah sampai tahap ini, aku seperti mrindui kembali bayangan Rafa Banitez.

Ya NESV.. dengarlah rintihan aku ini. aku dah x tahan melihat gelagat insan bernama Roy. Pecatlah beliau sebelum Liverpool jauh terpesong..

Seizer on December 30, 2010 at 8:20 AM said...

yahh.. rusuhannn pacatt!!

Anonymous said...

betul2...roy tu boleh bawa kelab untuk kelab pertengahan liga je,kalau nak kelab juara,mesti punya jurulatih yang juara jugak..seperti,pep ke?,maurinho ke? baru boleh juara..harap roy di tukar..lfc go..

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger