Match preview: Liverpool vs Wolves


Masa: 3.55-6.00 pagi(29.12.2010)
Channel : Ch. 813


Perlawanan yang bakal berlansung di stadium keramat iaitu di Anfield dan pada kali ini kita akan menentang Wolves iaitu pasukan yang kini berada pada tangga terakhir Liga Perdana.

Serta dengan kembalinya kapten kesayangan kita Steven Gerrard yang sudah hampir 6 minggu terpaksa direhatkan akibat kecederaan hamstring dan menurut sumber daripada Livepoolfc yang menyatakan bahawa kini, keadaan pemain pertahanan tengah Liverpool, Daniel Agger yang sudah kembali cergas untuk diturunkan dalam perlawanan ini.

Jika dilihatkan kepada rekod kecermelangan Liverpool apabila bermain di tempat sendiri, pastinya kita sebagai penyokong Liverpool mahukan kemenangan yang akan mengukuhkan tempat pasukan kesayangan kita ini, untuk kembali mengejar kedudukan dalam tangga liga.

Diharapkan dalam perlawanan ini squad pimpinan Roy Hodgson akan mendapat kemenangan sejak perlawanan terakhir pada 12/12/10 dimana menyaksikan pasukan kita pada masa tersebut tewas kepada Newcastle United. Dan juga diharapkan prestasi pemain tidak terjejas akibat sudah lama tidak beraksi dalam kempen Liga perdana kerana pada dua perlawanan sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat keadaan cuaca buruk yang melanda.

Jika dilihatkan pada statistik perlawanan sebelum ini, kali terakhir The Wanderers bertandang ke Anfield, pada 26/12/09 menyaksikan The Reds menang dengan jaringan 2-0. Namun semua itu hanya boleh dijadikan sebagai sandaran sahaja, dan diharapkan agar semua pemain dapat bermain dengan all out untuk memastikan tiga mata penuh dapat diperolehi untuk dijadikan sebagai bekalan untuk meneruskan perjalanan musim yang penuh berliku ini.

Barisan jangkaan

Liverpool: Reina, Johnson, Skrtel, Kyrgiakos, Konchesky, Kuyt, Meireles, Lucas, Rodriguez, Gerrard, Torres
Sub: Jones, Kelly, Aurelio, Poulsen, Cole, Ngog, Babel, Agger, Shelvey.

Wolves: Hennessey, Zubar, Stearman, Berra, Elokobi, Foley, Edwards, Milijas, Hunt, Ward, Ebanks-Blake,
Sub : Hahnemann, Fletcher, Jarvis, Jones, Bent, Mujangi Bia, Doherty

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger