Komen Roy mengenai musim perpindahan Januari




Roy Hodgson hari ini mendedahkan berkenaan masa depan Liverpool dalam pembelian pemain semasa musim perpindahan januari mendatang ini. Dalam laporan yang dipetik daripada laman web rasmi Liverpoolfc.tv, menyatakan bahawa pada musim perpindahan januari ini, jenis pemain yang akan dibawa ke kem latihan liverpool di melwood adalah pemain muda dan pemain yang boleh memberikan impak yang besar kepada kualiti mutu permainan The Reds.

Menurut Hodgson lagi .....

“hasil perbincangan antara saya dan Damien Comolli, kami telah mencapai kata sepakat bahawa kami tidak akan menjual pemain yang sedia ada di dalam squad sekarang, dan kami hanya ingin menambah dua orang atau seorang pamain sahaja”

“saya melihat banyak spekulasi yang dilaporkan oleh media yang menyatakan Liverpool sedang hangat mencari pelbagai pemain di segenap pelosok kelab yang ada, dan apa yang dilaporkan oleh media adalah spekulasi semata-mata”


Roy dan Comolli sepakat dalam pembelian pemain

“saya harap peminat tidak terlalu percaya dengan segala spekulasi tersebut”

“jika Liverpool membeli pemain pada musim perpindahan januari ini, dan ianya hanya berlaku pada lewat jendela perpindahan”

“hal ini adalah kerana,keadaan banyak bergantung kepada situasi samada kelab terkemuka mahu menjual pemain mereka atau tidak”

“Dan apa yang saya ingin ingatkan kepada penyokong kelab ini, supaya jangan terlalu obses atau percaya dengan apa yang diperkatakan oleh media”

---Gambar hiasan---


“Pada pendapat saya (penulis) sememangnya ada kebenarannya apa yang cuba diperkatakan oleh Roy. Dan berkemungkinan ini adalah spekulasi yang sengaja diperhebahkan oleh media tertentu untuk kepentingan mereka. Sebagai contoh melalui spekulasi yang ditonjolkan ini mampu menambah Populariti media tersebut”

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger