Match Review : Liverpool 2-1 Bolton



Outstanding daripada gerrard dengan dua hantaran gol yang membantu menyelamatkan Liverpool daripada tewas kepada Bolton. Dengan kemenangan ini sekaligus menyelamatkan jawatan panas di squad Liverpool iaitu dengan kemenangan ini membuatkan roy kembali tersenyum.

Namun jika dilihatkan kepada persembahan yang dipertunjukkan dalam perlawanan ini, dapat saya membuat kesimpulan ringkas bahawa posisi pertahanan kiri adalah lebih layak diisi oleh Aurelio berbanding dengan , manakala agger sememangnya sepadan diletakkan di pertahanan tengah dan bergandingan dengan sktel.

Dalam perlawanan ini juga menunjukkan bangaimana kembalinya torres dan menjaringkan gol penyamaan dan pujian turut diberikan kepada cole yang menjaringkan gol kemenangan kepada Liverpool. Secara ikhlasnya gol kedua tadi pada pendapat saya cole berada dalam posisi Outside, tetapi tidak kisah lah, yang penting kita menang di Anfield pada malam ini.

Walaupun menang pada perlawanan ini, saya secara terus terang masih ragu-ragu dengan kewibawaan Roy Hodgson. Bukan bermaksud saya amat membenci sangat kepada beliau, tetapi kebolehannya untuk Liverpool masih tidak sesuai dan banyak lagi kelemahan yang terdedah semasa kendalian beliau. Walau apa pun tunggu dan lihat bagaimana keputusan pihak pengurusan Liverpool bagaimana untuk menentukan masa depan roy di Liverpool. Serta semoga Mireles cepat sembuh dari kecederaan kerana nampak pada minit ke 21 dia terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.


Akhir sekali, terima kasih kepada pemain yang dapat kita lihat bermain dengan sepenuh hati dalam perlawanan ini, walk on reds…….

Man of the Match: Steven Gerrard

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger