"Roy jadikan Harry Redknapp sebagai contoh"


Roy Hodgson berharap pasaran perpindahan pemain pada bulan januari mendatangkan ini akan berada dalam keadaan yang terbaik. Hal ini adalah untuk memudahkan beliau dan pasukan Liverpool untuk berusaha untuk membawa masuk pemain yang berkualiti dan benar-benar memberikan impak yang berguna kepada pasukan kendaliannya.

Menurut Roy lagi....

“saya mahu menjadikan Liverpool seperti pasukan pimpinan Harry Redknapp yang melakukan perubahan seperti di Tottenham”

Bos The Reds ini percaya bahawa dia mampu memperkukuhkan prestasi pasukan dan dia juga mengatakan bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk membawa pemain yang akan memberikan kualiti pemainan yang terbaik untuk Liverpool.

Dia juga, menjadikan Tottenham sebagai contoh, kerana sejak kedatangan Redknapp di pasukan itu, pasukan ini telah menjadi lebih kuat dan ini adalah kerana kebijaksanaan pengurus yang berjaya membawa masuk pemain yang sesuai untuk bermain di Kelab tersebut.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger