"Apakah impian tahun 2011 anda sebagai Liverpool fan"


Dengan keadaan semasa dimana perlawanan menentang Fulham di Anfiled telah dibatalkan atas sebab yang tidak dapat kita elakkan iaitu sebab masalah cuaca yang melanda hampir sebahagian besar Negara dieropah.

Dan pada penulisan kali ini sebab utama saya (penulis ) ini menulis adalah berkenaan, tahun baru 2011 yang bakal menjelma dalam lebih kurang 9 hari lagi. Dan ini sekaligus akan membuatkan kita akan mengenang kembali apakah impian atau hajat yang diimpikan untuk tahun 2010 dapat dicapai. Tetapi dalam konteks ini, selaku peminat yang sentiasa menyongkong pasukan kesayangan kita (Liverpool) pastinya kenangan pada tahun 2010 ini merupakan tahun yang penuh “ranjau onak berduri”.

Sebagai contoh yang dapat saya jelaskan disini, adalah mengenai prestasi pasukan kita pada musim sebelum ini, dimana pada musim 2009/2010 kita hanya mampu menamatkan saingan akhir Liga perdana pada tempat ketujuh dalam keseluruhan pasukan yang bermain pada musim yang lepas. Dengan hasil yang kita perolehi, sekaligus meyebabkan Liverpool hanya mampu meneruskan persaingan dalam Liga Europa sahaja dan ini menutup peluang kita untuk bermain di peringkat tertinggi dalam liga eropah iaitu Liga Juara-Juara.

Manakala pula sebelum bermula musim 2010/2011, kita pula dikejutkan dengan pertistiwa dan berita tergembar yang mengatakan bahawa berkemungkinan Liverpool sedang dalam proses untuk muklis, akibat daripada tindakan pemilik lama Liverpool pada ketika itu iaitu George Gillett dan Tom Hicks yang tidak mempu membayar hutang yang terlalu banyak. Dan pada masa itu banyak peminat pasukan lain bergembira dan bersuka ria kerana mengangap Liverpool akan dilelong dan akan terus terjunam dalam saingan untuk kembali gah di mata bola sepak eropah.

Namun dengan segala usaha dan penuh kesabaran serta digabungkan dengan semangat penyokong yang bergitu kental mengharungi cabaran ini, Liverpool pada tangga 5 October 2010 telah dijual kepada pemilik yang benar mahu membangunkan Liverpool iaitu New England Sports Ventures atau lebih dikenali sebagai NESV, yang diketuai oleh John Henry.

Setelah selesai pertukaran pemilik pula, kita dikejutkan dengan masalah prestasi pasukan yang boleh diibaratkan dengan YOYO yang ada turun dan naik. Dan lebih senang dipanggil “prestasi yang tidak konsisiten” dan jika sekarang kita melihat pada kedudukan semasa dalam tangga Liga Perdana, Liverpool sedang berada dalam kelompok pertengahan liga iaitu di tempat ke 10 dalam tangga liga.

Impian penulis untuk 2011 mahu melihat Liverpool layak ke UEFA Champions League

Dan jika dilihatkan pada jadual untuk tahun ini, kita hanya mempunyai 3 perlawanan sahaja lagi dan ini adalah termasuk dengan perlawanan menentang Fulham yang sebelum ini telah ditangguhkan. Dan sebagai penyokong pasukan yang amat setia dan amat mencintai pasukan yang diberi nama Liverpool ini, sudah pastinya anda semua mempunyai impian atau hajat tahun baru 2011 untuk pasukan. Pada saya penulis impian tahun baru saya untuk Liverpool adalah “ saya berharap agar Liverpool kembali bermain di Liga Juara-Juara dan saya berharap agar semua pemain bebas dari kecederaan.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger