keputusan undian pusingan kalah mati piala Europa


Undian mengenai perlawanan pusiangan kalah mati bagi kempen kalah mati bagi Piala Europa. Dan dalam undian yang dijalankan tu menyaksikan dimana Liverpool ditetapkan akan turun menentang pasukan yang berasal Republik Czech, dan pasukan itu adalah adalah Sparta Prague.
Menurut sumber dari laman web rasmi Liverpoolfc.tv, mengatakan bahawa perlawanan ini dijangka akan berlangsung pada 17 Februari yang dilangsungkan di tempat lawan dan pada minggu hadapannya iaitu pada 24 Februari pula akan berlangsung di Anfield.

Berkenaan hal ini, pengurus Liverpool, Roy Hodgson telah memberikan sedikit ulasan mengenai keputusan undian tersebut.

Berikut adalah ulasan darinya.....

“ seperti yang kita tahu, Sparta Prague adalah sebuah pasukan yang baik dan bagus. Dan kami perlu berhati-hati untuk menjalani pusingan kalah mati ini dengan menunjukkan aksi yang terbaik semasa berlangsungnya perlawanan tersebut”

“ dalam pusingan ini juga, menyaksikan persaingan menjadi lebih sengit dan lebih berliku untuk ditempuhi, hal ini adalah kerana sebahagian besar pasukan yang bermain dalam peringkat ini adalah datang dari pasukan yang bermain di Liga Juara-juara”

“ bagi memastikan untuk Liverpool terus layak ke peringkat 16 terbaik, kami perlu lebih matang dan lebih bermain dengan prestasi yang terbaik”

Maklumat tambahan :

Pasukan ini juga dikenali atau diberi nama samaran sebagai Zelezna Sparta (Iron Sparta) and Rudi (The Reds). Dan ditubuhkan pada November 16, 1893.

Mengikut kedudukan semasa dalam liga domestik, pasukan ini kini berada di tangga ke dua Liga di belakang Viktoria Plzeň.

Stadium pasukan ini adalah Generali Arena dan mempunyai kapasiti penonton sebanyak 18,873
Dalam peringkat kumpulan pasukan ini mendapat tempat kedua dibelakang juara kumpulan iaitu CSKA Moscow

Nama pengurus pasukan ini adalah Jozef Chovanec, dan beliau juga memegang peranan sebagai ketua pengusan @ Chairman bagi pasukan ini.

Anatara pemain kelas dunia yang pernah beraksi untuk pasukan ini adalah Petr Čech samasa musim 2001–2002, Pavel Nedvěd (kini bermain di Juventus)

pada tahun 1992 pasukan ini berjaya separuh akhir Piala Eropah, dan adalah kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Republik Czech

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger