Match Review : Liverpool 3- 0 Aston Villa



Dengan jaringan dari N'Gog pada minit 14 dan selang 2 minit selepas itu Babel menjaringakn gol kedua untuk membolehkan Liverpool mendahuli dengan jaringan 2-0. Pada separuh masa kedua iaitu pada minit ke 56 Maxi Rodríguez menjaringkan gol ketiga dan merupakan gol ketiga peribadi untuk dirinya pada musim ini.

---gol pertama dari Ngog ---

Secara keseluruhan dapat saya simpulkan, Perlawanan ini merupakan perlawanan yang menarik dan kawalan padang yang menyeluruh. Semua pemain bermain dengan baik dan memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dengan kemenangan ini sekalgus menaikkan kedudukan reds ke tangga 8 dalam Liga Perdana dan medekatkan kedudukan dengan matlamat asal kita untuk meduduki tempat ke empat dalam Liga yang kini dihuni oleh Manchester City.


---jaringan babel sememangnya bergaya---

Kemenangan ini pastinya menyuntik semagat kepada seluruh pemain dan pasukan untuk menantang Newcastle United pada minggu hadapan di St James' Park.

---gol ketiga untuk maxi bagi musim ini---

Perlawanan ini menunjukkan tanpa Torres dan Gerrard, Kita (Liverpool) mampu bermain dengan baik dan mampu mendapat kemenangan. Dan ini merupakan satu pertunjuk yang baik, yang membuktikan semua pemain semakin hari semakin beraksi dengan baik dan mempertingkatkan kemahiran dan skill pemainan mereka.

---Gerard Houllier jasamu dikenang jua---

Dalam perlawanan ini juga menunjukkan kembalinya bekas pengurus terbaik Liverpool iaitu Gerard Houllier yang banyak memberikan sumbangan kepada Liverpool pada sekitar 1990 an. Kita juga dapat lihat kehadiran Xabi Alonso yang datang untuk melihat bekas pasukannya sebelum menyertai Real Madrid.

Diharapkan pada perlawanan akan datang apabila menentang The Magpies, dan kemungkinan kembalinya kapten kesayangan kita Gerrard pasti memberikan impak dan menghasilkan kemenangan untuk kita (Liverpool) sekian YNWA…

maklumat perlawanan:
kehadiran penonton: 39079

Liverpool: Reina, Johnson, Konchesky, Skrtel, Kyrgiakos (+Kelly) , Meireles (+Aurelio) , Lucas, Kuyt (+J cole) , Maxi, Babel, Ngog.

Subs: Jones, Kelly, Aurelio, Poulsen, Cole, Jovanovic, Shelvey

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger