"Houllier tersentuh di atas tribute daripada Fans"



Gerard Houllier memuji apa yang ditunjukkan oleh para penyokong The Reds yang masih mengenang diri sebagai bekas pengurus Liverpool, walaupun pada kali ini kehadiran dirinya ke Anfield sebagai seorang pengurus untuk pasukan lawan iaitu Aston Villa.

Tambah Gerard Houllier....

“Fans sangat baik dan sangat menghormati kehadiran saya di Anfield, terdapat juga banner pada awal permainan, melihatkan kepada apa yang dilakukan oleh Fans saya merasa sangat tersentuh dengan apa yang cuba disampaikan oleh para penyokong”.

“Ini menunjukkan bahawa penyokong masih mengingati saya”

“Memang sukar untuk diperkatakan kekalahan 3-0 kepada Liverpool, tetapi saya memang suka kepada Liverpool”

“Welldone Liverpool."
Berikut serba sedikit mengenai Gerard Houllier:

Dilahirkan pada 3 September 1947 di Thérouanne, France kini berumur 63 tahun.

Menyertai Liverpool pada Julai 1998, iaitu hasil ajakkan dari pengurus ketika itu Roy Evans.

Dalam tempoh kendaliannya di Liverpool, dia merupakan seorang pengurus yang berwibawa. Dimana pada tahun 2001 merupakan tahun yang paling berjaya semasa beliau di Liverpool, yang menyaksikan pada ketika itu Liverpool mendapat tiga piala dalam satu musim iaitu Piala Liga, Piala FA dan Piala UEFA dan selesai ketiga di Liga Perdana.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger