"Komen Roy mengenai Lucas"



Roy Hodgson telah mengesahkan berita mengenai langkah yang diambil oleh Liverpool yang telah membuka tawaran baru kepada pemain kelahiran Brazil iaitu Lucas Leiva berkaitan dengan kontrak baru bagi The Reds.

Kini pemain kelahiran Brazil ini telah menikmati musim 2010-11 dengan sangat baik setakat ini dan boleh dikatakan dia bermain dengan baik untuk musim ini, dan situasi adalah amat baik untuk terus mengikat Lucas untuk lebih lama kekal di Anfield.

Tambah Hodgson lagi....

“Beberapa minggu lepas Damien Comolli, menyatakan hasratnya kepada saya untuk melanjutkan Kontrak Lucas dan sedang berbincang dengan agen pemain yang memakai Jersey no 21 tersebut”

“Dan saya percaya bahawa dengan tawaran baru kepada Lucas, saya yakin bahawa jawapan yang akan diberikan adalah YA “

Disamping itu Hodgson juga menerangkan kepada wartawan, berkenaan spekulasi bahawa Glen johnson akan meninggalkan Liverpool.

Berikut adalah komen Hodgson.....

“Glen Johnson adalah pemain Liverpool dan dia kini masih mempunyai kontraknya dengan Liverpool, disamping itu juga dia adalah pemain yang bagus dan merupakan pemain kebangsaan England dan adalah tidak mungkin kami (Liverpool ) akan melepaskan pemain yang berharga ini”

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger