"Untukmu Penyokong Liverpool"



Apabila melihat reaksi Roy Hodgson pada perlawanan menentang Newcastle ternyata dia tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa nya dengan apa yang berlaku pada Liverpool pada malam perlawanan itu.

Pada pendapa saya, mengikut tempoh dan kawalan segenap padang serta hantaran bola, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pada malam tersebut Liverpool bermain dengan baik dan apa yang menunjukkan kelemahan adalah pada bahagian pertahanan yang bermain dengan agak kelam kabut pada perlawanan itu.

Namun saya,agak percaya kini berkemungkinan Liverpool sedang berada dalam keadaan badi perlawanan di tempat lawan, dan hal ini mungkin ini boleh dikatakan sebagai satu cabaran yang baru untuk diatasi oleh Roy selaku pengurus pasukan, iaitu dia perlu melancarkan dan melakukan pelan tindakan untuk mengatasi badi kekalahan semasa bermain di tempat lawan.

Hal ini boleh dibuktikan dengan kemenangan yang terakhir Liverpool menang di tempat lawan adalah semasa menentang Bolton di Reebok Stadium dengan jaringan 1-0 yang telah dijaringan oleh Maxi pada minit akhir perlawanan. Sebelum itu fakta menunjukkan bahawa Liverpool tidak pernah menang di tempat lawan sejak Ogos tahun 2009. Dengan fakta ini jelas menunjukkan Liverpool dan seluruh ahli dan pemain perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan perkara ini daripada lebih berleluasa dan terus menjadi Duri dalam daging kepada pasukan yang kita cintai ini.

Disini juga, saya juga ingin menyatakan pendapat saya dan memberikan sedikit kata-kata, yang mungkin akan meyinggung perasaaan sabahat penyokong Liverpool yang lain.

Jangan lah asyik menyalahkan pengurus sahaja bila pasukan kalah dalam perlawanan, kerana jika pasukan kalah dalam sesuatu perlawanan bukan sepenuhnya disebabkan oleh tindakan pengurus. Banyak lagi aspek boleh dilihatkan, contohnya yang bolah saya katakan ialah: kesilapan pemain sendiri, kecuaian, nasib tidak menyebelahi pasukan, pasukan lawan bermain dengan sangat baik dan lain-lain faktor yang boleh dipertimbangkan”


---kecewa dengan aksi Liverpool---

Diharapkan pendapat ini dapat diterima dan jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, boleh kita berbincang dan merenung kembali apakah yang menyebabkan pasukan kita ini (LIVERPOOL) sukar untuk menang semasa bermain di tempat lawan.

Sekian dari saya Darion Daron.


You'll Never Walk Alone

comment 2 comments:

RABUN on December 13, 2010 at 1:23 PM said...

satu satunya kesalahan pengurus ialah membeli dan menurunkan pemain yang tidak layak bermain. dan menurunkan pemain yang sama yang terbukti tidak berkesan walaupon masih ada pemain yang boleh mengisi posisi tersebut, atau sekurang2 mencuba pemain baru diposisi yang ternyata lubok besar....rasanya lah...

Seizer on December 13, 2010 at 7:18 PM said...

jangan salahkan roy??? dua2 player ngan manager buat salah malam tu...
defend-paling teruk
mid-biaas
attack-baper kali clear cut chance?

manager-malang. duduk diam tunggu ngog pecah kpaler baru buat sub...
duduk atas krusi... arap pemain die buleh buat semuanye.

badi kat away match=?? sbagai manager (makbenyer pengurus), die kene buat sesuatu untuk menang kat away, kalau player buat silap, dier kene handle, kalau player x perform.. dier kene handle.. tu baru mengurus.

tapi roy memang sedikit malang ari tu.... liverpool xleh hilang poin lagi... baper banyak lagi away match kiter ader?? xkan nak ilang sumer poin?

memang fans perlu backup kelab, tapi kitorang bukannya bising tak tentu pasal, kitorang ader sebab..

liverpool>manager>player


p/s: liverpool last menang away match oktober 2010

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger