"Johnson puji Roy Hodgson"



Johnson yang akan membuat penampilan ke-50 untuk Liverpool jika terpilih untuk beraksi dalam perlawanan menentang menghadapi Newcastle.

Disamping itu Glen Johnson kini, menyatakan pujian terhadap corak dan kaedah latihan yang diamalkan oleh Roy Hodgson. Dia berpendapat bahawa kaedah latihan ini mula membuahkan hasil kepada Liverpool sekaligus membolehkan The Reds terus mendaki tangga dalam Liga Perdana.

Tambah Glen Johnson:

“Ketika kami berada dalam zon penyingkiran, kami berkerja keras dalam sesi latihan dan cuba mempamerkan aksi yang terbaik semasa perlawanan tatapi ketika itu kami masih belum serasi dan ini yang meyebabkan kami sukar bermain dengan aksi yang terbaik”

“ Pada ketika itu, kami mempunyai pengurus baru, dan setiap pengurus mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri dan ini memerlukan masa untuk kami sebagai pemain untuk sesuai dengan cara tersebut”

“Tetapi kini kami semakin serasi dengan corak dan permainan yang diamalkan oleh Roy Hodgson, dan kami mula bermain seperti apa yang diminta oleh Roy kepada kami”

"Kami mempunyai beberapa pemain hebat, kakitangan terbaik, dan saya yakin kami (Liverpool) mampu mengejar kembali Tangga Liga”

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger