Menurut sumber Liverpoolfc.tv yang mengatakan bahawa Steven Gerrard mungkin boleh kembali semasa The Reds menentang Newcastle United, hal ini diakui oleh pegawai perubatan Kelab Dr Peter Brukner.
Gerrard yang mengalami kecederaan semasa kekalahan 2-1 England semasa menentang Perancis pada bulan November lepas.
Pemulihan-Nya berjalan baik dan pasukan perubatan Liverpool berharap untuk kembali ke latihan penuh awal minggu depan.
Dr Brukner mengatakan kepada Liverpoolfc.tv:
"Steven menunjukkan pemulihan yang baik, jika keadaan ini berterusan berkemungkinan tinggi dia mampu beraksi semasa menentang Newcastle,Kami berharap dia akan kembali dalam sesi latihan pada awal minggu depan."
Sementara itu, Joe Cole akan melakukan perjalanan ke Bucharest untuk kempen perlawanan Piala Europa setelah pulih dari kecederaan saat akhir semasa sesi latihan terakhir yang meyebabkan dia tidak boleh beraksi semasa menentang Tottenham Ahad lepas.
Tambah Dr Brukner.
"Dia berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan semasa perlawanan akan datang ini”.
"Dia hanya mengalami kecederaan ringan dalam latihan pada hari ahad lepas”
Post a Comment