"Carragher rehat 12 minggu"


---12 minggu boleh berkarat kaki dibuatnya----

Menurut sumber dari laman web rasmi Liverpoolfc.tv, mengatakan bahawa, Jamie Carragher terpaksa direhatkan selama tiga bulan dan hanya mungkin kembali bermain pada hujung bulan Februari atau awal Mac tahun depan.

Dengan baki enam perlawanan dalam Liga Perdana, pastinya ini akan menjadi salah satu ujian terbesar untuk The Reds, untuk memastikan bahawa ketiadaan dua tonggak utama pasukan iaitu Gerrard dan Carragher tidak akan menyekat matlamat asal Kita (Liverpool) untuk merebut kedudukan 4 teratas untuk membolehkan Liverpool kembali bersaingan dalam kancah Liga Juara-Juara pada musim depan.

Perkara ini akan, menjadi isu panas dan menjadi salah satu perkara yang akan memeningkan kepala Roy Hongson berkenaan siapa yang bakal mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Carragher.

---peluang yang patut direbut oleh Kyrgiakos ---

Pada pendapat saya, pemain yang dijangka akan diletakkan sebagai pilihan untuk mengantikan kapten kedua Liverpool ini adalah diantaranya ialah Sotirios Kyrgiakos dan Martin Kelly.

Sememangnya perkara ini adalah satu musibah kepada pasukan, tetapi jika dilihatkan kepada aspek pandangan positifnya keadaan ini, akan memberikan ruang dan peluang kepada pemain lain untuk membuktikan mereka layak bermian untuk pemain utama lain.


--- salah satu pemain dijangka dipilih----

Dan bagi Kyrgiakos dan Kelly, ini merupakan salah satu peluang yang mesti direbut oleh mereka untuk meningkat kadar prestasi permainan mereka dan sekaligus memikat Roy untuk meletakkan mereka dalam pamain squad kesebelasan utama.

comment 1 comments:

eswandyasre on November 30, 2010 at 11:23 PM said...

Carra xdak memang satu malapetaka,walau tua banya exp dia untuk pasukan.Aihhh~betol2 season super nih.

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger