SAYONARA Martin Broughton




Menurut laporan, yang mengatakan inilah komen dan kata-kata terakhir Martin Broughton sebelum keluar dari barisan pengarah Liverpool:

“ saya gembira selama berkerja dan menabur bakti di Liverpool”

"Tujuh bulan terakhir selama saya di Liverpool adalah hari yang terbaik untuk saya dan saya senang dapat menjalankan tanggung jawab ini semasa di sini”

"Ini telah menjadi salah satu pengalaman yang paling hebat dalam hidup saya selama bekerja di Liverpool dan saya berharap selepas ini Liverpool dan segala tenaga kerja dalam Kelab ini akan mendapat kejayaan di masa depan”

Beliau memperkatakan hal ini semperna hari-hari terakhirnya sebagai pengarah urusan di Liverpool dan pada perlawanan menentang West Ham pada minggu lepas adalah perlawanan terakhir beliau sebagai pengarah di Liverpool.

Pada pendapat (penulis), ini merupakan satu penghormatan kepada Martin Broughton yang merupakan bekas pengarah urusan di Liverpool. Walaupun pada hakikat sebenarnya dia(Martin Broughton) merupakan peminat pasukan Chelsea. Dia mampu menjalankan segala tanggungjawabnya dengan baik di Liverpool. Sekian dan selamat maju jaya kepada beliau.

Fakta menarik mengenai beliau:

Mula menyertai barisan pengarah di Liverpool pada 10 April 2010

Merupakan individu yang paling bertanggungjawab semasa pada rentetan proses pertukaran hak milik antara Gillet dan Hicks kepada NESV pada 15 October 2010 yang lepas. Dimana membuatkan Liverpool terlepas dari cengkaman pengurus sebelum ini yang hanya merosakkan Kelab dan pasukan.

Beliau merupakan peminat Chelsea dan individu terpenting dalam syarikat terkemuka British iaitu British Airways yang memegang jawatan sebagai Chairman of British Airways.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger