Kepada mereka yang mengaku minat Bola Sepak.

Entri dan penulisan saya (penulis) pada hari ini bukan lah menceritakan berkenaaan Liverpool mahupun perkembangan Kelab. Mungkin anda semua pernah dan sudah mengetahui perkara yang ingin saya kata ini. Dan pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai anda berkenaan laman web yang perlu anda ketahui jika bergelar peminat kepada sukan yang bernama bola sepak. (klik pada gambar)

pengkalan web rasmi bagi liga tertinggi di EROPAH.

1.Premier league.com


Web rasmi bagi Liga Barclays Premier . segalanya ada disini semua perkara dan aspek untuk semua kelab yang bermain di Liga ini terdapat disini. Dan disini juga anda semua boleh ke Link lawan web rasmi pasukan yang anda minat dan sokong.

2.Bundesliga. Com


Web rasmi liga yang berpengkalan di Jeman dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Juga terdapat Link lawan web rasmi pasukan yang anda minat dan sokong serta berita terbaru mengenai pasukan di Liga ini.

3.Official La Liga Site


Disini terdapat perkembangan terbaru, jadual perlawanan, serta maklumat berkenaan pasukan dalam liga ini. Pastinya web ini mampu memberikan kepuasan kepada penyokong Real Madrid dan Barcelona.


4. Official Serie A Site


Terdapat maklumat yang berguna kepada penyokong pasukan yang bermain di Liga ini. Antara nya seperti Milan, Internazionale, Juventus dan Roma.


Pengkalan data mengenai bola sepak di seluruh dunia


Goal.com


Bila bercakap dengan web ini, memang tidak dapat dipisahkan dengan sukan bola sepak. Dalam web ini merangkumiberita terkini dan segala perkembangan dari seluruh pasukan bola sepak. Dan web ini juga tidak hanya tertumpu kepada kelab sahaja tetapi meliputi berita dari pasukan kebangsaan dari eropah, Asia, Negara Africa dan dari America latin. Jika dibandingkan dengan web lain. Goal.com adalah pilihan saya.

Bbc.co.uk


Merupakan web yang terkenal di sekitar eropah dan disini apa yang menariknya anda akan dapat melihat komen dan ulasan pengurus, pemain sebelum dan selepas setiap pemain selepas perlawanan. dan disini juga terdapat maklumat melalui tulisan mengenai perkembangan semasa Kelab yang anda ikuti.

Dailymail.co.uk


Web yang amat tekenal dengan seluruh penyokong pasukan bola sepak disekitar eropah dan web ini lebih menumpukan kepada pasukan yang bermain di Barclays Premier League. Berita terkini kelab juga amat cepat diupdate dan banyak maklumat untuk anda ketahui di web ini.

Espnstar.com

Tidak perlu diperkenalkan lagi, sebut sahaja ESPN semestinya berkaitan dengan sukan, dan kali ini pastinya memberikan berita terhangat dan terbaru kepada anda semua. Perkara yang paling best web ini, walaupun web ini berpengkalan di Eropah tetapi ternyata di web ini terdapat anak Malaysia di sana iaitu Shebby Singh.


HARAP DENGAN ENTRI KALI INI AKAN MENAMBAHKAN ILMU DAN PENGETAHUAN ANDA SEMUA MENGENAI SUKAN YANG DINAMAKAN BOLA SEPAK INI (KETAHUILAH BERITA TERBARU UNTUK PASUKAN ANDA)

Ps: Akan datang senarai blog pilihan dalam bahasa melayu

comment 2 comments:

Seizer on November 23, 2010 at 11:47 PM said...

terbaik la bro daron!...try la check bleacherreport.com/liverpool gak... byk artikel best pasal liverpool

Anokganu on November 24, 2010 at 7:54 PM said...

tip top r kwn....info yg bagus utk geng2 bola..YNWA

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger