Poulsen : Perlawanan yang sukar....



Menurut Christian Poulsen percaya Liverpool berada dalam keadaan "ujian berat" ketika mereka menentang Tottenham pada perlawanan Liga minggu ini.


----semasa aksi menentang United----

walaupun The Reds baru saja sembuh dari kekalahan di Stoke City, dan kemudian melalui perlawanan menentang West Ham United kami berjaya bermain dengan baik. Dan pada perlawanan kali ini semasa menentang Tottenham di White Hart Lane, ternyata Liverpool akan cuba sedaya upaya untuk menang.

tambah Poulsen.....

Untuk menang pada perlawanan kali ini kami harus menang dan turun dengan persedian tahap 110%, kerana seperti yang kita tahu Tottenham sememangnya pasukan yang baik dan semasa mereka bermain di halaman sendiri mereka akan menjadi pasukan yang sukar untuk di tewaskan.

"Saya berharap dan berfikir yang kami akan jadi bagus dari perlawanan ke perlawanan," katanya.

----beliau berjanji mahu memperbaiki corak permainannya----

"Jika kami berkerja keras dan terus mendengar apa yang diarahkan oleh pengurus, saya pasti yang kami akan menjadi pasukan yang jauh lebih baik apabila kami mengharungi perlawanan di bulan Februari dan Mac."

"namun saya tetap optimis bahawa Liverpool mampu memecahkan dominasi untuk menang dalam perlawanan ini"

Karier pemain antarabangsa Denmark itu di Liverpool sejak tiba dari Juventus pada musim panas lepas telah mencerminkan serba sedikit pencapaian kelab menerusi beberapa permainan yang turun naik prestasinya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger