Roy Hodgson rancang betemu dengan John Henry Untuk Bicarakan Masa Depan Liverpool


Roy Hodgson telah mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pemilik Liverpool John Henry untuk membincangkan masa depan kelab, setelah Liverpool mendapat kemenangan yang ketiga dalam liga semasa menentang Bolton Wanderers.

Kemenangan ini juga merupakan titik tolak permulaan kembngkitan Liverpool dan sekaligus membawa pasukan keluar dari zon penyingkiran.

tambah Roy lagi....

"Kami mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain kerana Henry sentiasa ingin belajar dan mengambil berat tentang perkembangan kelab. Dan dia mahu perkara yang boleh mengubah kelab untuk sentiasa bergerak maju”. Katanya kepada The Guardian

Disamping itu juga pengurus kelahiran Croydon, London ini juga gembira dengan perubahan penyerang utama Liverpool Fernando Torres, dimana dia telah kembali ke prestasi terbaiknya.
Bintang the Reds itu telah mengharungi permulaan musim yang sukar namun menjaringkan gol kemenangan penting ke atas Blackburn pada Ahad minggu lepas.

Ia hanyalah gol kedua kempen ini dari juara Piala Dunia Sepanyol tersebut yang bergelut mencari prestasi terbaiknya sejak menjalani pembedahan lutut pada April lepas.

"Saya fikir keinginan beliau dan azamanya untuk melakukan tugas yang bagus telah muncul sejak dari hari pertama lagi.

"Ia hanya kombinasi keadaan – mungkin pasukan bermain lebih baik dan sedikit keyakinan akan memberikan beliau keyakinan tambahan.

"Anda memang perlukannya, jika anda ada pasukan yang bagus, pemain terbaik anda di prestasi terbaik untuk menghasilkan apa yang mampu mereka berikan.

"Dengan Fernando, kami sememangnya telah menyaksikannya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger