Pemilik Liverpool John W. Henry idam kejuaraan Premier League


Pemilik Liverpool John W. Henry mendedahkan bahawa dia kini mengidamkan untuk mendapat gelaran Premier League.

Pemilik Amerika ini sedang berusaha untuk membangunkan kelab supaya pasukan benar-benar berkemampuan dan sedang "berfikir tentang apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemungkinan kita memenangi kejohanan tersebut".

The Reds sebelum ini dikendalikan Tom Hicks dan George Gillet dan pada 15 oktober 2010 NESV mengambil alih tampuk pimpinan kelab dengan membeli Liverpool dengan harga sekitar £ 300 juta. Sebelum ini kali terakhir Liverpool menang kejuaran liga perdana adalah 20 tahun lepas.

Tambah Henry lagi....

“dengan kemungkinann musim depan peraturan Financial Fair Play akan diguna pakai dan kami sedang berusaha untuk menempatkan kelab dalam situasi tersebut dan supaya kelab dapat bersaingan dengan peraturan tersebut.”

"Ini bermaksud bahawa pendapatan Liverpool seharusnya meningkat dan di dalam padang kita harus kekal untuk cergas dan menang dalam perlawanan".

"Arsenal dan United mempunyai benyak pemain muda yang berpotensi .kita Liverpool tidak .Kami di bahagian pengurusan mempunyai tugas yang harus dilakukan di sini. Dan kita harus cerdas tentang hal itu. Kami di sini sedang merancang pembaguanan kelab dalam tempoh jangka panjang".

"Apabila kita membuat perlaburan di kelab sukan, kita juga harus tahu bahawa segala sesuatu yang kita lakukan mempunyai makna untuk kelab dan penyokong kelab serta dan apa yang kami lakukan mempunyai makna bagi kami sendiri".

"Ini sangat menarik."

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger